Thursday, February 21, 2013

blogger boleh: “Lagu Sudirman 'Chow Kit Road' ke pentas baru” plus 9 more

blogger boleh: “Lagu Sudirman 'Chow Kit Road' ke pentas baru” plus 9 more

Link to bloggerboleh - terkini

Lagu Sudirman 'Chow Kit Road' ke pentas baru

Posted: 21 Feb 2013 02:44 AM PST

Sebut sahaja Chow Kit, perkara pertama yang terlintas dalam minda seseorang ialah Lorong Haji Taib yang kotor dan menakutkan, rumah-rumah tumpangan yang sebenarnya sarang pelacuran, kutu rayau, pondan dan penagih dadah.Namun, daerah kecil ini juga menjadi tumpuan ramai yang mahu membeli barangan daripada penjaja tepi jalan dan pekedai pada harga yang sukar ditandingi di mana jua tempat lain.Sejak beberapa tahun yang lepas, kawasan ini yang mengelilingi Jalan Chow Kit dan dikelilingi jalan-jalan utama seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, telah banyak menyaksikan pembangunan semula hingga mampu mengetepikan imej kurang menyenangkan itu.Semasa kebanyakan orang mempunyai pandangan serong akan tempat ini, penyanyi popular Malaysia pada 1970-an dan 1980-an Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad mengabadikan nama Chow Kit dalam lagunya.Lirik lagu Sudirman itu juga menonjolkan Chow Kit sebagai tempat yang sibuk dikunjungi oleh golongan remaja dan tua dari segenap lapisan...

Continue reading ...

Haron Din perlu tinggalkan Pas, kenapa?

Posted: 21 Feb 2013 02:33 AM PST

SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas."Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik."Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.Beliau berkata demikian mengulas...

Continue reading ...

Penguin Happy Feet Jr terkandas

Posted: 21 Feb 2013 02:13 AM PST

WELLINGTON - Sekumpulan penguin digelar Happy Feet Jr ditemui terdampar di selatan pantai Wellington, New Zealand.Pakar veterinar, Lisa Argilla berkata, penguin itu dipercayai sesat kira-kira 2,000 kilometer dari koloni pembiakan di Macquarie Island, Antartika. "Ketika ditemui penguin itu dalam keadaan kurus, kebuluran dan mengalami kegagalan buah pinggan," katanya.Menurutnya, kumpulan penguin dipercayai meninggalkan Antartika pada Februari tahun lalu. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

AS sedia balas serangan siber

Posted: 21 Feb 2013 02:12 AM PST

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) memberi amaran menyerang balas terhadap China yang didakwa melakukan serangan siber terhadap negara itu bertujuan untuk mencuri sejumlah besar data kerajaan AS dan rahsia perdagangan.Jurucakap Rumah Putih berkata, tindakan itu dilakukan selepas mendapat pengesahan daripada laporan penyiasatan yang dilakukan oleh firma Mandiants."Kesemua penggodam itu mempunyai kaitan dengan Tentera Pembebasan Rakyat China yang dikawal dari Beijing," katanya.Menurutnya, kumpulan penggodam dikenali sebagai APT1 dipercayai mempunyai rangkaian dengan unit tentera berkenaan."Kami percaya APT1 melakukan pengintipan sejak sekian lama kerana menerima sokongan daripada kerajaan sendiri," katanya.Beliau berkata, menurut laporan, tiga daripada penggodam itu didakwa memaparkan gambar satu unit bangunan tentera di Shanghai."Ini menguatkan lagi proses mengenal pasti identiti penggodam tersebut," katanya.Sementara itu, China bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan...

Continue reading ...

Akademi Peteh Kids dilancar esok - rm35/bln

Posted: 21 Feb 2013 02:11 AM PST

KUALA TERENGGANU - Akademi Bola Sepak Peteh Kids Terengganu (ABPKT) yang disertai lebih 200 kanak-kanak akan dilancarkan esok oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di padang Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Batu Buruk.Pengarah ABPKT, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata akademi bola sepak swasta pertama di Terengganu itu dikendalikan seorang jurulatih yang mempunyai lesen kelas B Persatuan Bolasepak Malaysia dengan dibantu enam penolong.Ia mengenakan yuran bulanan RM35 seorang dengan latihan dua kali seminggu pada Jumaat dan Sabtu mulai pukul 8 hingga 11 pagi nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Atef tidak gentar dihujani peluru tentera Israel

Posted: 21 Feb 2013 02:05 AM PST

GAZA - "Saya tidak gentar, kalau sampai ajal akan mati, saya terima sebagai kehendak ALLAH, tetapi selagi masih bernyawa saya akan terus berjuang demi maruah rakyat Palestin," demikian kata Ahli Parlimen Utara Gaza, Atef Adwanz.Menurut Ahli Parlimen itu, meskipun rumahnya pernah diserang 8 kali sejak 2002 oleh rejim Zioni, itu tidak bermaksud dia perlu mengalah ataupun berundur dari perjuangannya membela nasib rakyat Palestin."Ini rumah dan tanah air saya, saya tidak akan berpindah atau bersembunyi, bila-bila  sahaja saya bersedia dan  sanggup berhadapan dengan askar Israel," katanya yang juga penasihat kepada pengasas Briged Al- Qasam, Sheikh Ahmad  Yassin.Sinar Harian yang berpeluang berkunjung ke rumah Ahli Parlimen itu semalam diberitahu bahawa rumah, yang didiami pernah dihujani 700 peluru yang dilepaskan dari helikopter Apache tentera Israel kereta kebal dan serangan darat bermula pada peperangan Furqan 2008.2009 dan Hajaratul Sijjil 2012 yang lalu.Menurutnya...

Continue reading ...

Kumpulan Darul Ehsan dibenar ambil alih syarikat konsesi air oleh kerajaan Selangor

Posted: 21 Feb 2013 02:04 AM PST

KUALA LUMPUR - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor hari ini membuat keputusan membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air Selangor.Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) dikeluarkan secara rasmi hari ini."Pengambilalihan itu merupakan sebahagian usaha untuk memulangkan hak air kepada penduduk Selangor," kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.Beliau berkata kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin negeri itu, patut bertanggungjawab mengurus industri air.Pengambilalihan ini akan memberi impak penting ke atas kehidupan rakyat,  dengan penduduk Selangor akan terus menerima 20 meter padu air percuma sebulan dan tidak terperangkap dengan kenaikan tarif air yang tidak adil dan...

Continue reading ...

Taktik kejam Israel

Posted: 21 Feb 2013 02:02 AM PST

BANDAR GAZA - Serangan berdarah ke atas 50 buah balai polis di Palestin  menyebabkan 300 anggota polis maut sekelip mata sememangnya memberi kesan besar kepada penduduk negara itu pada  perang Furqan 2008-2009 yang lalu.Peristiwa menyayat hati itu berlaku apabila Israel dengan 100 pesawat tempurnya melancarkan roket tepat ke arah balai-balai polis terbabit dalam usahanya untuk melumpuhkan sistem pertahanan negara itu.Menurut penduduk tempatan Gaza, Hamed Yeusoff, 45, serangan yang berlaku pada waktu pagi itu turut menyebabkan kemusnahan besar kepada balai polis berkenaan."Israel menggunakan roket membedil Balai Polis Al-Abbas menyebabkan 14 anggota polis maut dalam kejadian jam 8.30 pagi itu," katanya.Dia yang sudah berniaga di kawasan bandar Gaza sejak 10 tahun yang lalu berkata, serangan itu turut menyebabkan orang awam termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan.Bangunan balai polis itu dibina semula sebelum dimusnahkan sekali lagi oleh tentera Israel pada peperangan...

Continue reading ...

Raja Nazrin persoal peranan AJK masjid tangani masalah sosial

Posted: 21 Feb 2013 02:01 AM PST

IPOH - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah menggesa kajian semula mengenai kemiskinan dilakukan lebih kerap agar negara tidak leka dengan pencapaian tidak tepat berikutan kadar inflasi serta kos hidup meningkat pada tahap lebih cepat.Baginda mengingatkan pihak tertentu supaya tidak berlalu gembira dengan pencapaian secara angka antara mereka yang berada di atas atau di bawah garis kemiskinan kerana masalah itu masih merupakan masalah besar dan kompleks."Menetapkan gaji minimum atau meningkatkan tangga gaji, kelihatan seimbas pandang dapat menambahkan pendapatan kepada kumpulan sasar tertentu namun iatidak berhenti di situ sahaja."Majikan yang pada hari ini terpaksa menanggung kos pengeluaran yang sudah meningkat dari segi kos buruh, akan mengimbangkan kembali kos pengeluaran dengan meletakkan harga yang lebih tinggi kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ini adalah prinsip ekonomi yang tersangat asas," titah baginda pada Persidangan ke-182 Majlis Agama Islam dan Adat...

Continue reading ...

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua - MB kata kontraktor kren terlepas alat masa angkat barang

Posted: 21 Feb 2013 02:00 AM PST

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh. Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.   "Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor). "Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku," katanya. ...

Continue reading ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan