blogger boleh: “Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan” plus 14 more | |
- Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan
- Peniaga ditipu RM500 beli kereta terpakai menerusi laman web
- Budak 12 tahun pandai mengubat
- Activate your Email Subscription to: PCHBlog
- Cara Senang Memohon Pr1ma Perumahan Rakyat 1 Malaysia
- P2i saman pelanggaran paten Europlasma NV
- Google lancar Chromebook Pixel
- Fizz malas bagi penjelasan isu putus tunang
- Solat tak sempurna tanpa tamakninah
- Pemilik mata warna coklat lebih dipercayai
- Kedah, Kelantan terus digondol, guano ni eh
- Beckham buat kemunculan sulung bersama PSG
- Butterfingers dan MCKK
- Kehebatan Supermokh
- Rakyat Selangor tagih janji rumah
Manifesto PR: Rakyat Malaysia dijanjikan pendapatan RM4,000 sebulan Posted: 25 Feb 2013 02:49 AM PST SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika perikatan pembangkang itu ke Putrajaya."Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan," katanya.Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu... Continue reading ... |
Peniaga ditipu RM500 beli kereta terpakai menerusi laman web Posted: 25 Feb 2013 02:48 AM PST KUANTAN - Seorang peniaga kerugian RM500 selepas diperdaya dalam urusan pembelian kereta terpakai menerusi laman web, Jumaat lalu. Mangsa, 30, yang menetap di sebuah taman perumahan di Raub dikatakan melayari laman web berkenaan bagi membeli sebuah kereta terpakai jenis Perodua Kelisa yang ditawarkan dengan harga RM10,500. Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Samsudin Wan Osman berkata, tertarik dengan tawaran itu, mangsa menghubungi pemilik kenderaan di Kuala Lumpur sebelum diminta membayar wang pendahuluan RM500 menerusi mesin deposit sebuah bank di Raub. "Selepas membayar wang pendahuluan, mangsa kemudian menaiki bas ekspres untuk ke Kuala Lumpur selepas suspek memberitahu akan menunggu di Stesen Perhentian Bas Pekeliling di Jalan Pahang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, sebaik tiba di Kuala Lumpur, mangsa kemudian menghubungi suspek terbabit namun hingga semalam, suspek berkenaan masih gagal... Continue reading ... |
Budak 12 tahun pandai mengubat Posted: 25 Feb 2013 02:47 AM PST JIKA kanak-kanak lain mengisi masa lapang dengan bermain bola dan badminton, lain pula adik Muhammad Rafiq Rahmat, 12, yang mengisi masa lapangnya dengan mengubati penyakit.Muhammad Rafiq dikatakan berkebolehan dalam mengubati penyakit sejak enam tahun lalu memenuhi masa terluang dengan tuntutan orang ramai yang mahukan perkhidmatannya.Anak bongsu daripada empat beradik yang tinggal di Taman Desa Kiara, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, menggunakan kaedah membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, bermohon kepada ALLAH SWT agar menyembuhkan penyakit individu yang dirawat dan menghembus pada bahagian yang sakit.Ibunya, Latifah Arifin, 48, berkata, keistimewaan yang dimiliki anaknya itu mula dikesan sejak berusia enam tahun."Saya menjadi tukang urut dan membantu merawat penyakit seperti gangguan makhluk halus secara tradisional diikuti bacaan ayat al-Quran sejak 12 tahun lalu."Namun, kedatangan seorang pesakit lelaki yang mengalami penyakit kayap diperut, membongkar keistimewaan... Continue reading ... |
Activate your Email Subscription to: PCHBlog Posted: 25 Feb 2013 02:42 AM PST Hello there, You recently requested an email subscription to PCHBlog. We can't wait to send the updates you want via email, so please click the following link to activate your subscription immediately: http://feedburner.google.com/fb/a/mailconfirm?k=rGnuY1e1e-n1oVmL1VMO3YBUcsk (If the link above does not appear clickable or does not open a browser window when you click it, copy it and paste it into your web browser's Location bar.) As soon as your subscription is active, FeedBurner will send a daily email message if PCHBlog has new content. If you did not request this subscription, or no longer wish to activate it, take no action. Simply delete this message and that will be the end of it. Cheers, PCHBlog -- This message was sent to you by FeedBurner (feedburner.google.com) You received this message because you requested a subscription to the feed, PCHBlog. If you received this in error, please disregard. Do not reply directly... Continue reading ... |
Cara Senang Memohon Pr1ma Perumahan Rakyat 1 Malaysia Posted: 25 Feb 2013 02:30 AM PST Pasti ramai yang tercari-cari Cara Memohon PR1MA Online selepas pengumuman pembinaan 10,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia di lokasi baru iaitu Pulau Pinang. Pemohon kini boleh mendaftar secara atas talian sahaja jika memenuhi kriteria kelayakan. Ikuti langkah demi langkah (1~7) Cara Memohon PR1MA Online Cara Daftar PR1MA Online 1. KELAYAKAN Sila semak Kriteria Kelayakan Sekiranya layak, bolehlah teruskan mendaftar (sila lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran) 2. PENDAFTARAN Sila lengkapkan borang permohonan Nombor pendaftaran khas PR1MA akan diberikan sekiranya proses permohonan telah lengkap. 3. PERMOHONAN Pemohon berdaftar akan dimaklumkan melalui emel dan sms apabila pembangunan PR1MA yang menjadi pilihan telah dilancarkan. Setelah itu, pemohon berdaftar perlu mengemukakan permohonan untuk tujuan pengundian. 4. PENGESAHAN Setelah tamat tempoh permohonan mengundi, pemohon akan disaring melalui proses pengesahan. Pemohon... Continue reading ... |
P2i saman pelanggaran paten Europlasma NV Posted: 24 Feb 2013 09:27 PM PST KUALA LUMPUR - P2i, pemimpin dunia di dalam teknologi penyalutan nano penolak cecair, mengumumkan ia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Europlasma NV, sebuah pengeluar Belgium untuk peralatan plasma, bagi pelanggaran paten. P2i memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California. Teknologi penyalutan nano penolak cecair P2i dilindungi oleh satu portfolio global yang terdiri daripada 65 kelompok paten. Dengan menjalin kerjasama bersama jenama dan pengeluar terkemuka, P2i telah mengguna pakai teknologi itu kepada berpuluh juta peranti elektronik di seluruh dunia. Carl Francis, Ketua Pegawai Eksekutif P2i, berkata: "Sejak P2i melancarkan teknologi kalis simbah pada telefon pintar dan tablet pada bulan Oktober 2011, permintaan untuk perlindungan tersembunyi terhadap cecair, kelembapan dan kakisan telah melonjak. Berikutan kejayaan P2i, dan keunikan teknik penyalutan nano kami, beberapa buah syarikat telah muncul dengan... Continue reading ... |
Google lancar Chromebook Pixel Posted: 24 Feb 2013 08:09 PM PST SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks. Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90). innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini," kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai. Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90). Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai... Continue reading ... |
Fizz malas bagi penjelasan isu putus tunang Posted: 24 Feb 2013 08:08 PM PST Pelakon yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu kerana kontroversi pertunangan dengan seorang wanita didakwanya berstatus isteri orang, Fizz Fairuz, mahu menutup buku lama dan enggan lagi memberikan sebarang komen berhubung isu itu. Dalam kenyataan yang dibuat menerusi program hiburan Melodi, semalam, Fizz nekad mengunci mulut biarpun disoal bertubi-tubi mengenai kisah pertunangannya dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohamed Nazar, 26. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Keputusan itu, jelas Fizz, terpaksa dilakukan kerana dia enggan kenyataannya disalah tafsir dan seterusnya boleh mengeruhkan lagi hubungan dengan keluarga bekas tunangnya. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "Semua orang melakukan kesilapan. Saya anggap apa yang terjadi ini sebagai hukum karma daripada Allah atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ini. Tidak pernah lariBintang Nur Kasih... Continue reading ... |
Solat tak sempurna tanpa tamakninah Posted: 24 Feb 2013 08:07 PM PST Rasulullah SAW bersabda: "Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya." (Riwayat Imam Ahmad) Hadis ini ada kaitannya dengan tamakninah (berhenti seketika) yang diabai dan dilupakan kebanyakan Mukmin ketika mengerjakan solat. Tamakninah termasuk salah satu daripada rukun solat yang mesti dilakukan namun masih ramai yang cuai. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Ucapan Rasulullah iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merujuk kepada rukuk dan sujud dalam solat yang tidak disertakan dengan tamakninah, menyebabkan rukuk dan sujudnya tidak sempurna. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Dalam mazhab Syafie dan Hanbali, tamakninah adalah rukun solat yang mana tanpanya, solat seseorang jadi tidak sah. Orang yang solat dalam... Continue reading ... |
Pemilik mata warna coklat lebih dipercayai Posted: 24 Feb 2013 08:06 PM PST London: Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian. Dalam satu kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial. Persepsi wajah memberi maklumat berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu. Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria. Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah. "Sejumlah besar... Continue reading ... |
Kedah, Kelantan terus digondol, guano ni eh Posted: 24 Feb 2013 08:04 PM PST Kuala Lumpur: Nasib hutan di Kedah dan Kelantan yang gondol akibat pembalakan dan penerokaan tidak terkawal sudah beberapa kali didedahkan namun ancaman itu masih juga berterusan, kesannya kepada alam dan manusia mula dirasakan.Di Negeri Jelapang Padi, selepas kira-kira dua bulan lalu BH mendedahkan tindakan rakus penebangan balak di hutan simpan Bukit Perangin, Mukim Hosba di Changlun, kawasan itu dikhuatiri bertambah nazak apabila satu lagi kompartmen baru membabitkan kawasan lebih luas dipercayai sudah diluluskan untuk digondolkan dalam masa terdekat. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Luas enam kali ganda innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Kawasan baru itu dipercayai membabitkan hutan seluas 780 hektar dalam kompartmen lapan, lebih enam kali ganda luasnya berbanding hutan yang sudah digondolkan dalam kompartmen tujuh iaitu hanya kira-kira 145 hektar... Continue reading ... |
Beckham buat kemunculan sulung bersama PSG Posted: 24 Feb 2013 08:02 PM PST PARIS: David Beckham meraikan kemunculan sulungnya bersama kelab Paris Saint-Germain dengan mencipta peluang untuk gol kedua ketika pendahulu Liga Perancis itu menundukkan musuh ketat, Marseille 2-0 pada perlawanan, pagi tadi. Bekas kapten England berusia 37 tahun itu dimasukkan pada minit ke-76 pada perlawanan sengit dan pada minit-minit akhir perlawanan, gerakan kaki cantik di luar kotak penalti memperdaya pemain lawan dan hantaran sampai ke kaki penyerang Zlatan Ibrahimovic untuk gol ke-22 peribadi musim ini. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Pengurus suruh saya masuk dan rampas bola. Memang sedikit tekanan malam ini tapi saya gembira. Saya tahu bila datang ke sini, saya tidak akan jadi kesebelasan utama dan itu adalah cara yang perlu saya fikirkan buat seketika," katanya. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Posted: 24 Feb 2013 04:45 PM PST BAGI kumpulan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kemasukan antara 1990 hingga 1994, pasti ada masih ingat konsert oleh tiga pelajar tingkatan empat selepas tamat program merentas desa sekolah itu pada tahun 1993. Pada masa itu mungkin mereka beranggapan konsert oleh Khairil Ridzwan Anuar (Loque), Mohd. Fakharudin Mohd. Bahar (Kadak) dan Khairul Nizam Mois (Kalai) tidak lebih persembahan tiga rakan baik atau 'budak-budak' sekolah yang mahu berjinak dengan muzik. Namun 20 tahun berlalu, tiada siapa menjangkakan konsert tersebut merupakan permulaan perjalanan sebuah band underground terkenal negara, Butterfingers. Lapan album, kontrak rakaman bersama syarikat rakaman antarabangsa dan jualan album melebihi 50,000 unit (walaupun pasaran album merudum dan publisiti terhad), bukti kehebatan band itu, sekurang-kurangnya dalam dunia muzik underground tempatan. Apa yang lebih penting kejayaan Butterfingers membuktikan MCKK turut melahirkan artis berjaya, berkembang dan maju... Continue reading ... |
Posted: 24 Feb 2013 04:43 PM PST HARI Khamis, 11 Julai 1991, seluruh negara terutama peminat-peminat bola sepak tanah air menerima khabar sedih. Khabar tentang jagoan bola sepak negara, Mohd. Mokhtar Dahari meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang, Subang Jaya kira-kira pukul 8.25 pagi. Meskipun seluruh negara mengetahui Mokhtar menderita sakit, namun tidak ramai menyangka bintang pujaan ramai itu yang amat bertenaga beberapa tahun sebelumnya, menghembuskan nafas terakhir hanya ketika berusia 38 tahun. Apatah lagi ramai yang mengetahui terlampau banyak usaha dijalankan untuk memastikan Mokhtar kembali pulih termasuklah secara tradisional. Antara yang dilakukan adalah dengan membawa Mokhtar ke Hospital Radcliffe Infirmary di Oxford, London untuk diperiksa oleh salah seorang doktor pakar di situ, Dr. Sir John Walton. Ketika itu, ramai yang tertanya-tanya. Apa sebenarnya penyakit yang menyebabkan bintang kesayangan ramai itu menjadi lemah tidak berdaya? Maka pelbagai telahan dan tohmahan timbul. Ada yang... Continue reading ... |
Rakyat Selangor tagih janji rumah Posted: 24 Feb 2013 04:41 PM PST SHAH ALAM 24 Feb. - 'Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri', itulah antara perkara yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) kononnya untuk membantu rakyat negeri ini khususnya golongan berpendapatan rendah. Namun, hampir lima tahun hasrat golongan berpendapatan rendah memiliki sebuah kediaman sendiri nampaknya seolah-olah kabur berikutan pakatan pembangkang yang menerajui kerajaan negeri sehingga kini masih gagal membina perumahan kos rendah untuk rakyat di Selangor di bawah RM42,000. Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) Budiman Mohd. Zohdi menegaskan, rakyat Selangor terutamanya golongan berpendapatan rendah termasuk orang muda di negeri ini dilihat dari semasa ke semasa semakin terhimpit dengan kos harga perumahan yang melonjak tinggi melampaui kemampuan kewangan mereka. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment