blogger boleh: ““Saya Di Pecat Tanpa Surat” – Ustaz Nasharudin Mat Isa” plus 17 more | |
- “Saya Di Pecat Tanpa Surat” – Ustaz Nasharudin Mat Isa
- Terkini : Gambar Stadium Gong Badak Runtuh?
- Sofea Hana godam web Jabatan Penerangan
- Dapat kerja kerajaan, kena ambik sendiri surat lantikkan di Putrajaya
- Beli gelaran Datuk Seri
- Naik teksi guna iPhone, Android
- Unit 61398 PLA dituduh penggodam
- FAM nafi berat sebelah
- Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5ja
- Islam agama rasmi bukan peruntukan sia-sia
- Selangor bakal umum ambil alih SYABAS
- Apple diserang penggodam siber
- Padang bola sepak rumput tiruan pertama di Malaysia siap untuk diguna
- Batal pernikahan kerana masih berihram
- NASA bina sistem asteroid
- KDN benarkan semula tayang filem Vishwaroopam
- ATM rampas pendahulu
- Keputusan Liga Super
“Saya Di Pecat Tanpa Surat” – Ustaz Nasharudin Mat Isa Posted: 19 Feb 2013 09:35 PM PST "Terima kasih rakan-rakan saya. Saya menerima ratusan sma, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya. Jika parti ambil kembali jawatan itu, itu hak parti. Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam." -Nasharudin Mat Isa nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Terkini : Gambar Stadium Gong Badak Runtuh? Posted: 19 Feb 2013 09:30 PM PST Lokasi : Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu = Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium = kes bumbung stadium runtuh.Ini antara gambar2 yang disebarkan di laman blog dan web serta forum ; Pendapat aku rileks dulu. Kalau sungguh runtuh dah lama masuk berita. Atau belum nak masuk lagi.So lepak dulu, jangan tuduh apa2 sehingga dapatkan fakta dan kesahihan yang sebenar. Aku sendiri pun tak sure betul ke runtuh ataupun sedang berlaku kerja2 pengubahsuaian. Almaklumla nak PRU.. so kita kena fahamla. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Sofea Hana godam web Jabatan Penerangan Posted: 19 Feb 2013 09:15 PM PST KUALA LUMPUR: Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana' yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu. Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber. "Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran... Continue reading ... |
Dapat kerja kerajaan, kena ambik sendiri surat lantikkan di Putrajaya Posted: 19 Feb 2013 09:15 PM PST Putrajaya: Kakitangan awam yang baru dilantik perlu hadir sendiri mengambil surat pelantikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai tahun ini berbanding dihantar melalui pos sebelum ini.Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di sini, Khamis ini, membabitkan kira-kira 200 jawatan. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Dulu kita pakai pos saja, sekarang kita panggil pegawai serah sendiri dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Bersemuka, mudah urusan"Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali," katanya pada sidang media di sini, semalam.Terdahulu, Mahmood mengadakan pertemuan hampir dua... Continue reading ... |
Posted: 19 Feb 2013 09:11 PM PST Shah Alam: Seorang kontraktor dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua pertuduhan rasuah bernilai RM5,000 bagi membantu seorang ahli perniagaan memperoleh gelaran Datuk Seri, empat tahun lalu.Mohd Amirul Erwan Mohd Roslan, 36, didapati bersalah terhadap dua kesalahan mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, meminta dan menerima habuan itu daripada ahli perniagaan, Mohamad Imran Abdullah, sebagai dorongan untuk membantu seorang lagi ahli perniagaan, Lim Kok Han memperoleh darjah kebesaran Perak. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 dan 4 Februari 2009 di Hotel Grand Kampar di Perak dan Holiday Villa Subang dekat sini. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun... Continue reading ... |
Naik teksi guna iPhone, Android Posted: 19 Feb 2013 09:10 PM PST Penumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan lebih selesa, cepat dan cekap.Teksi yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. Sunlight Unicablink ketika ini mempunyai sekitar 3,000 teksi dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini. Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi... Continue reading ... |
Unit 61398 PLA dituduh penggodam Posted: 19 Feb 2013 09:09 PM PST Beijing/San Francisco: Satu unit rahsia tentera China dituduh dalang beberapa cubaan menggodam menyebabkan Beijing menafikan sekeras-kerasnya dakwaan syarikat keselamatan komputer Amerika Syarikat itu. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Beijing menekankan, ia adalah mangsa sebenar serangan penggodam Amerika.Syarikat Mandiant menuduh Unit 61398 Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) bertempat di Shanghai sebagai terbabit dalam serangan secara berterusan terhadap pelbagai sektor. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Kami tidak tahu bagaimana bukti dalam laporan berkenaan boleh diyakini. Dari segi serangan internet untuk menggodam, penyerang dari Amerika berada di tempat pertama," Hong Lei, Jurucakap Kementerian Luar China "Bentuk tugas Unit 61398 adalah rahsia kerajaan China, tetapi kami percaya ia terbabit dalam operasi menyerang rangkaian komputer," kata syarikat itu,... Continue reading ... |
Posted: 19 Feb 2013 09:08 PM PST Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam menafikan badan induk itu bersikap berat sebelah dalam menangani isu kekecohan membabitkan pergaduhan antara pemain Selangor dan Tentera pada pusingan pertama Piala FA, 25 Januari lalu.Dalam satu kenyataan kepada media semalam, FAM menjelaskan laporan akhbar sebelum ini yang mendakwa ada campur tangan daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam kes berkenaan adalah tidak benar. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Insiden ini adalah di bawah bidang kuasa jawatankuasa Tatatertib FAM, di mana Jawatankuasa lain seperti Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) tidak boleh mempengaruhi apa-apa keputusan yang akan, sedang atau sudah diambil," kata FAM dalam satu kenyataan semalam. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "Ini adalah selaras dengan kedudukan jawatankuasa tatatertib sebagai badan bebas di bawah Statut... Continue reading ... |
Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5ja Posted: 19 Feb 2013 09:07 PM PST London: Kerabat diraja Arab Saudi, Puteri Basmah Binti Saud bin Abdulaziz bertindak membuat pendedahan selepas komputernya digodam dan diugut rakaman video gambarnya akan disiarkan kepada umum, kecuali jika beliau membayar sejumlah wang. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Walaupun bukan rakaman seks, video terbabit yang menunjukkan puteri berkenaan tidak bertudung, merokok dan melontarkan ciuman ke arah kamera dilihat sebagai satu skandal bagi masyarakat Arab Saudi. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Saya rasa terpukul secara fizikal, psikologi dan mental," Puteri Basmah, Kerabat Diraja Saudi Islam sederhanaAkhbar British, Sunday Tele-graph melaporkan bahawa Puteri Basmah, seorang Islam sederhana dan juga aktivis hak asasi manusia berkata beliau menerima ugutan agar membayar £320,000 (RM1.5 juta) jika tidak mahu rakaman itu disiarkan kepada umum.Basmah, 48 yang... Continue reading ... |
Islam agama rasmi bukan peruntukan sia-sia Posted: 19 Feb 2013 09:06 PM PST Kuala Lumpur: Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan bukan peruntukan sia-sia, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar). GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Beliau berkata, dengan adanya peruntukan itu Malaysia dikenali dunia sebagai negara Islam.Negara Islam contoh innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "Di mata dunia, Malaysia bukan saja dilihat sebagai negara Islam semata-mata, malah negara Islam contoh abad ini. Malaysia juga dianggap contoh negara Islam maju zaman ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan tafsiran keperlembagaan oleh mahkamah di Malaysia pada Muzakarah Pakar bertajuk 'Malaysia: Kemelut negara Islam negara sekular' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, semalam.Abdul Hamid berkata, Kerajaan Malaysia... Continue reading ... |
Selangor bakal umum ambil alih SYABAS Posted: 19 Feb 2013 09:05 PM PST Shah Alam: Kerajaan PKR Selangor dijangka mengumumkan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh anak syarikat kerajaan negeri (GLC), hari ini.Menurut sumber, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Sumber itu juga mendakwa, jika rancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih SYABAS melalui anak syarikatnya ditentang Kerajaan Pusat, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Tidak dedah anak syarikatBagaimanapun, anak syarikat kerajaan negeri yang mana yang akan mengambil alih SYABAS tidak didedahkan.Rabu minggu lalu, Abdul Khalid dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat sebagai pemegang saham emas SYABAS, perlu menggunakan kuasanya supaya syarikat... Continue reading ... |
Apple diserang penggodam siber Posted: 19 Feb 2013 09:04 PM PST SAN FRANCISCO: Apple hari ini berkata ia mengalami serangan siber yang sama dengan serangan yang melanda Facebook baru-baru ini, namun berjaya menghalang penggodam daripada merampas data penggunanya.Pembuat iPhone, iPads, iPod, dan komputer Macintosh berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang untuk memburu peggodam, yang muncul dalam beberapa siri serangan siber terhadap firma teknologi AS. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Malware digunakan dalam serangan terhadap Apple dan syarikat lain, dan tersebar melalui laman web pembuat perisian," kata Apple menerusi emel yang dihantar kepada AFP hari ini nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Padang bola sepak rumput tiruan pertama di Malaysia siap untuk diguna Posted: 19 Feb 2013 09:03 PM PST SEREMBAN: Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini selepas rumput tiruan jenis 'fieldturf' siap dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta. Padang bola sepak rumput tiruan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Beliau berkata, padang rumput tiruan yang diguna itu mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.... Continue reading ... |
Batal pernikahan kerana masih berihram Posted: 19 Feb 2013 04:40 PM PST PERSIAPAN perkahwinan yang telah disiap sediakan sekian lama terpaksa dibatalkan begitu sahaja apabila Rahmat (bukan nama sebenar) diberitahu dia masih berihram dan tidak boleh menikahkan anak perempuannya.Suasana rumah yang mulanya tenang bertukar riuh apabila tetamu yang hadir berbisik sesama sendiri melihat sikap Rahmat yang tetap ingin menikahkan anak perempuannya walaupun telah dinasihatkan tidak boleh berbuat demikian. Rahmat yang pada mulanya berdegil akhirnya mengalah selepas dinasihatkan oleh isterinya (Fatimah) yang mengingatkan dia peristiwa yang terjadi sehingga membatalkan ibadat umrah mereka kira-kira dua minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Hanya air mata pasangan pengantin yang telah lengkap berpakaian nikah mampu menzahirkan kesedihan kedua-dua mempelai itu apabila Rahmat mengambil keputusan menangguhkan majlis pernikahan tersebut. Menceritakan lanjut, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata,... Continue reading ... |
Posted: 19 Feb 2013 04:38 PM PST WASHINGTON 19 Feb. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), beberapa universiti dan kumpulan swasta di Amerika Syarikat (AS) sedang membangunkan sistem amaran asteroid yang boleh mengesan kehadiran sebarang objek dari angkasa lepas. Sistem yang diberi nama Sistem Amaran Pengesan Asteroid (ATLAS) tersebut dihasilkan ekoran kejadian tujahan meteorit yang melanda Rusia pada minggu lalu. Kejadian itu menghasilkan gelombang kuat yang memecahkan tingkap kaca lebih 5,000 bangunan di wilayah tengah Rusia dan juga mencederakan lebih 1,200 penduduk tempatan. Bagaimanapun, agensi angkasa AS menegaskan bahawa fenomena yang berlaku itu merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku. Pengurus Projek NEO, Lindsey Johnson berkata, terdapat berjuta-juta objek yang berterbangan berhampiran bumi, manakala separuh daripadanya merupakan objek kecil yang sukar dikesan. Menerusi sistem ATLAS, pasukan saintis berupaya mengesan sebarang objek yang berada pada jarak 45... Continue reading ... |
KDN benarkan semula tayang filem Vishwaroopam Posted: 19 Feb 2013 04:36 PM PST KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Dalam Negeri bersetuju membenarkan semula tayangan filem Tamil, Vishwaroopam berkuat kuasa hari ini.Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) kementerian itu, Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata, kebenaran itu dibuat dengan syarat pihak pengedar mematuhi sepenuhnya keputusan yang ditetapkan oleh LPF iaitu mengenai potongan tambahan ke atas filem tersebut. "KDN telah mewujudkan satu panel khas yang terdiri daripada LPF dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengkaji semula filem tersebut daripada pelbagai sudut seperti keagamaan serta keselamatan. "Sebanyak dua sesi perbincangan dan kajian semula diadakan bersama pihak Jakim bagi untuk menilai semula kandungan filem tersebut. "Pihak Jakim melalui Ketua Pengarahnya telah menyatakan persetujuan untuk KDN membenarkan semula tayangan filem Vishwaroopam setelah berpuas hati dengan potongan-potongan yang telah dilakukan oleh pihak LPF ke atas filem tersebut," katanya dalam... Continue reading ... |
Posted: 19 Feb 2013 04:35 PM PST KUALA LUMPUR - Takhta Liga Super kini menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila menumbangkan pendahulu asal, Selangor dengan kemenangan 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Jaringan daripada dua pemain import, Bruno Martelotto pada minit ke-17 dan penalti di minit terakhir perlawanan oleh Marlon Alex James memastikan ATM mencipta sejarah tersendiri dengan kemenangan pertama ke atas Selangor sejak tahun 1985. Bertambah malang buat Red Giants, mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan kekurangan seorang pemain apabila Mohd. Raimi Mohd. Noor dilayangkan kad merah pada minit ke-82. Kejayaan ATM naik dari tempat keempat ke tangga teratas turut dibantu dengan keputusan seri Johor Darul Takzim dan Lions XII yang terikat 2-2 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunus, Larkin. Hariss Harun membuka tirai jaringan pelawat pada minit ke-3 sebelum bekas pemain Lazio dari Itali, Simone Del Nero menyamakan kedudukan pada minit ke-11. Namun, pertahanan tinggi lampai,... Continue reading ... |
Posted: 19 Feb 2013 04:33 PM PST |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment