Friday, March 15, 2013

blogger boleh: “PCHBlog” plus 6 more

blogger boleh: “PCHBlog” plus 6 more

Link to bloggerboleh - terkini

PCHBlog

Posted: 15 Mar 2013 01:00 AM PDT

h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ...

Continue reading ...

Ribuan ikan mati di tasik Brazil

Posted: 14 Mar 2013 11:37 PM PDT

RIO DE JANEIRO - Ribuan ekor ikan ditemui mati di Tasik Rodrigo de Freitas di sini sejak Isnin lalu, lapor agensi berita Reuters kelmarin. Menurut pihak berkuasa alam sekitar Rio de Janeiro, lebih 12 tan ikan itu mati selepas ribut yang melanda awal minggu ini telah membawa bahan-bahan organik ke dalam tasik tersebut.   Ikan-ikan tersebut juga mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam tasik berkenaan selepas pencemaran bahan-bahan organik itu. Menurut pihak berkuasa itu, situasi itu akan berakhir apabila air laut pasang sekali gus membawa masuk air baharu ke dalam tasik tersebut. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

STEADY - Piya tekad pikat Rajagopal

Posted: 14 Mar 2013 05:44 PM PDT

KERINDUAN peminat fanatik bola sepak tempatan untuk menyaksikan kelibat kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi bersama skuad Harimau Malaya bakal terubat. Badhri yang lebih dikenali sebagai Piya membuat penampilan sulung bersama skuad kendalian Datuk K. Rajagobal pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Piya yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi persahabatan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 17 Mac ini dijangka memperkuatkan skuad Rajagobal pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yemen di stadium yang sama lima hari kemudian.   Anak kelahiran Kelantan itu kini mengakui terdesak untuk membantu Harimau Malaya selepas dia pernah menjadi mangsa 'terlepas pandang' dalam skuad kebangsaan meskipun mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad The Red Warriors pada musim lalu. Untuk rekod, Piya merupakan tonggak utama skuad kendalian Bojan Hodak yang membantu Kelantan merangkul gelaran trebel tahun lalu. ...

Continue reading ...

JANJI - Ibu bapa saman Selangor tuntut elaun rm50 sebulan utk anak tadika

Posted: 14 Mar 2013 05:41 PM PDT

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi berdepan tindakan saman terbaharu apabila seramai 1,888 ibu bapa di negeri ini menuntut tunggakan bantuan pendidikan anak-anak mereka bernilai kira-kira RM1.04 juta sejak 2008. Dalam tuntutan saman itu, kumpulan ibu bapa tersebut mendakwa, kedua-dua pihak terbabit gagal melaksanakan pemberian bantuan RM50 sebulan kepada setiap kanak-kanak prasekolah seperti dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.   Writ saman berkenaan telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners kira-kira pukul 9.30 pagi semalam. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

LAHAD DATU - Guru hina pasukan keselatan di tahan

Posted: 14 Mar 2013 05:40 PM PDT

PASIR PUTEH - Seorang guru di Kelantan ditahan polis pada pukul 7 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh kerana menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek yang mengajar Pendidikan Seni di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a), Akta Hasutan.   "Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 37 tahun itu mengaku mempunyai penyakit mental tetapi sudah lebih lima bulan tidak makan ubat. "Dia juga pernah ditahan dua kali sebelum ini atas kesalahan membuat kecoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi malam tadi.   Menurutnya, kali terakhir suspek ditahan polis adalah pada tahun 2009 kerana mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam. Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut. nuffnang_bid =...

Continue reading ...

LAHAD DATU - Ajmain cerita detik di tahan pengganas

Posted: 14 Mar 2013 05:38 PM PDT

LAHAD DATU - Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu. Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.   Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.   "Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa," kata Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam. Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati. "Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang...

Continue reading ...

LAHAD DATU - 36 pengikut Azzimuddie Kiram di dakwa

Posted: 14 Mar 2013 05:35 PM PDT

Menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer, De Lima berkata, 35 orang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa sebagai anggota Tentera Kesultanan Sulu itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut.   MANILA - Seramai 36 orang pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram yang ditahan oleh Tentera Laut Filipina selepas melarikan diri dari Sabah pada pagi kelmarin akan didakwa kerana memiliki senjata haram, kata Setiausaha Kehakiman Leila de Lima semalam. "Mereka boleh dikenakan tuduhan kerana memiliki senjata api dan senjata berbahaya," kata De Lima pada satu sidang media di Istana Malacanang. Ketika mengulas kritikan yang mendakwa pemerintah bertindak menfailkan pertuduhan terhadap para pengikut itu dengan cepat berbanding membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh Malaysia terhadap warga Filipina, de Lima berkata: "Kumpulan itu telah melakukan tindakan menyalahi undang-undang dan perbuatan jenayah menyebabkan kita tidak boleh...

Continue reading ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan