blogger boleh: “PCHBlog” plus 14 more |
- PCHBlog
- Komet kelihatan di sebelah bulan sabit
- Magis sentuhan Messi
- Yoyo pilih kucing berbanding anak
- Peluang beli beg produk halal RM1
- Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza
- PNB umum agihan pendapatan ASM 6.80 sen
- WOW - Bank Rakyat agih dividen 18%
- LAHAD DATU - Filipina tahan 35 pengganas Sulu
- TAHNIAH - Nazirul Naim, Wan Zack ke Jepun
- Abang Sidek Hussain nak buang ketumbuhan
- LAHAD DATU - Fitnah punca pencerobohan kata Imam dai Mekah
- LAHAD DATU - 'Apa kit amahu buat dengan bagkani2 ini ' kata penganas sulu
- LAHAD DATU - Filipina pintas bot bawa pengikut Jamalul Kiram
- LAHAD DATU - Azzumudie dalam kepungan
Posted: 14 Mar 2013 01:03 AM PDT h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ... Continue reading ... |
Komet kelihatan di sebelah bulan sabit Posted: 13 Mar 2013 09:30 PM PDT CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin. Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS. Sebelum ini, komet tersebut ditemui oleh pakar-pakar astronomi dengan menggunakan Teleskop Kaji Selidik Panorama dan Sistem Tindak Balas Pantas (PanSTARRS) di Hawaii, AS pada Jun 2011. Komet tersebut bergerak sejauh 160 juta kilometer (km) dari Bumi pada minggu lalu. Menurut seorang ahli astronomi AS, Tony Phillips, komen berkenaan dilihat di Hemisfera Selatan sejak beberapa minggu lalu sebelum muncul di bahagian tengah Bumi. Walaupun sudah berusia beberapa bilion tahun, Pan-STARRS kini melakukan perjalanan pertama merentasi sistem solar. Bebola gergasi berais itu melintasi matahari melalui orbit planet Utarid pada jarak 45 juta km pada Ahad lalu. nuffnang_bid =... Continue reading ... |
Posted: 13 Mar 2013 09:29 PM PDT BARCELONA, Sepanyol - Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi menjadi watak penting yang membantu Barcelona membelasah AC Milan 4-0 pada aksi kedua kalah mati Liga Juara-Juara awal pagi semalam. Pada aksi di Stadium Nou Camp itu, Messi meledakkan dua gol untuk memastikan kelab gergasi Sepanyol itu mara ke pusingan suku akhir pada pertandingan paling berprestij di Eropah itu. Barcelona menang dengan agregat 4-2 selepas tampil dengan aksi yang menakjubkan, sekali gus mencipta rekod menjadi pasukan pertama layak selepas tewas 0-2 pada perlawanan terdahulu. Juara empat kali Eropah itu melancarkan serangan sebaik permainan bermula dan Messi hanya mengambil masa lima minit untuk menggembirakan 99,786 penyokong yang membanjiri stadium terbesar di Eropah itu. Messi menyumbat masuk gol kedua pada minit ke-40 untuk mengikat agregat 2-2 sebelum David Villa meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-55. Jordi Alba mengesahkan kemenangan Barcelona apabila meledakkan gol keempat pada masa... Continue reading ... |
Yoyo pilih kucing berbanding anak Posted: 13 Mar 2013 09:28 PM PDT DIA sudah berusia 39 tahun dan pada 28 Januari lepas secara rasminya telah bergelar isteri kepada bintang terkenal Hong Kong, Ekin Cheng yang berumur 45 tahun. Namun aktres Hong Kong, Yoyo Mung menegaskan buat masa ini dia belum memikirkan untuk mendapat anak kerana dia melihat kehamilan bagaikan penjara buat diri seseorang wanita. Ujarnya kepada akhbar The Sun: "Saya melihat rakan-rakan saya sibuk melayan anak masing-masing dan ia membuatkan saya tidak berasa teruja. "Malah, saya pernah bermimpi hamil tetapi ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri. Ini kerana ibu dan bapa perlu memikirkan mahu menghantar anak belajar di sekolah mana sebagai contohnya. "Sedangkan kalau bab mengisi borang, dalam kes ini borang kemasukan ke sekolah, memang saya cukup benci melakukannya. "Saya rasa semua akan membuatkan saya dilanda masalah, sebab itu saya dan Ekin belum ada keinginan untuk mempunyai anak buat masa ini." Tambah Yoyo: "Lagipun, saya rasa hamil bagaikan penjara buat wanita. Jika... Continue reading ... |
Peluang beli beg produk halal RM1 Posted: 13 Mar 2013 09:26 PM PDT SUNGAI PETANI – Pengunjung Karnival Halal Kedah 2013 di pekarangan tempat letak kereta Amanjaya Mall di sini berpeluang membeli beg berisi produk halal pada harga RM1 sahaja sepanjang tiga hari karnival berlangsung. Beg berkenaan hanya boleh dibeli di khemah pameran DagangHalal.com di tapak karnival. Pengurus Usahawan karnival, Ahmad Bukhari Abu Bakar berkata, beg khas itu mengandungi makanan ringan, minuman kopi, vitamin dan kosmetik. "Aktiviti jualan murah@RM1 ini bertujuan memberi peluang kepada pengunjung memperoleh produk halal pada harga murah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Selain itu, katanya, sebanyak 84 tapak pameran dibuka melibatkan 90 pemamer daripada agensi kerajaan, industri dan institusi kewangan menawarkan pelbagai produk makanan, perkhidmatan, busana dan perbankan. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza Posted: 13 Mar 2013 09:25 PM PDT RAWANG - Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza hari ini. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran. "Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan. "Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam. Aminar Rashid menerangkan,... Continue reading ... |
PNB umum agihan pendapatan ASM 6.80 sen Posted: 13 Mar 2013 09:24 PM PDT KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013. ASM merupakan sebuah dana ekuiti pendapatan yang mula dilancarkan pada 20 April 2000 dengan objektif untuk memberi peluang kepada pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang serta memperoleh pulangan yang kompetitif. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar 0.30 sen daripada jumlah agihan pendapatan tersebut merupakan pendapatan khas sebagai tanda penghargaan kepada 542,809 pemegang unit terlibat. "Jumlah agihan pendapatan ini lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu 6.50 sen seunit. "Sebanyak RM913.85 juta peruntukan digunakan bagi agihan ini berbanding RM818.62 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman agihan pendapatan berkenaan di sini semalam. nuffnang_bid =... Continue reading ... |
WOW - Bank Rakyat agih dividen 18% Posted: 13 Mar 2013 09:22 PM PDT KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum. Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli. Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion bagi tempoh tersebut, naik 4.7 peratus atau RM94.9 juta berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Di samping itu, keuntungan bersih yang dicapai bank itu ialah sebanyak RM1.74 bilion nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
LAHAD DATU - Filipina tahan 35 pengganas Sulu Posted: 13 Mar 2013 09:16 PM PDT MANILA – Tentera Laut Filipina mendakwa telah menangkap 35 pengganas Sulu termasuk seorang wanita semalam ketika mereka cuba kembali ke Filipina dari Sabah.Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu. "Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata," kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN. Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara ini. Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah. Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut. "Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah," katanya. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
TAHNIAH - Nazirul Naim, Wan Zack ke Jepun Posted: 13 Mar 2013 05:48 PM PDT KUALA LUMPUR - Tanpa diduga, bek kiri Harimau Muda A, Nazirul Naim Che Hashim membuat kejutan apabila terpilih ke kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor.Bakal berusia 20 tahun pada 6 April ini, Nazirul sememangnya mempunyai kekuatan semulajadi kaki kiri dan menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Harimau Muda A kebelakangan ini, malahan dia mampu beraksi sebagai sayap kiri. Pemilihan Nazirul dimaklumkan oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang berkata, Ryukyu mempunyai sebab tersendiri memilih pemain yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu. Pemilihan Nazirul sekali gus menafikan spekulasi yang mengaitkan seorang lagi pemain Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sebelum ini. ''Ryukyu berdepan masalah di bahagian pertahanan kerana mereka kekurangan pemain malahan tiada banyak pilihan di posisi bek kiri. ''Tambahan Nazirul secara semula jadi memang seorang pemain yang menggunakan kaki kiri dan... Continue reading ... |
Abang Sidek Hussain nak buang ketumbuhan Posted: 13 Mar 2013 05:45 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Mac - Pelakon Sidek Hussain, 62, bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di wajahnya di Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, Selangor pada 4 April ini. Menurut pelakon tersebut, dia bersedia untuk membuang ketumbuhan yang sudah bertapak di wajahnya sejak berusia 20 tahun lagi. Kata pelakon filem Toyol itu, dia terbuka hati untuk menjalani pembedahan selepas mendapat kata-kata semangat daripada seorang kenamaan melalui pembantu peribadinya. "Saya didatangi pembantu peribadi kerabat diraja Pahang dan dia beritahu, kerabat berkenaan tanya kenapa saya tidak menjalani pembedahan. Dia bertanya begitu selepas melihat wajah saya di televisyen. "Dari situ saya tergerak hati untuk buat pembedahan dan selepas bertemu dengan doktor pakar di Fakulti Perubatan UiTM yang berhampiran rumah, saya yakin dengan penerangan dan kebolehan kumpulan doktor di situ," katanya kepada Utusan Malaysia, hari ini. Menurut Sidek, pembedahannya yang bakal diadakan... Continue reading ... |
LAHAD DATU - Fitnah punca pencerobohan kata Imam dai Mekah Posted: 13 Mar 2013 05:42 PM PDT ALOR SETAR 13 Mac - Imam dari Mekah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani Al-Hafiz berkata, firasatnya kuat menyatakan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah adalah berpunca daripada fitnah yang didalangi pihak tertentu. Sambil menegaskan tidak mahu mencampuri soal politik atau menuduh mana-mana pihak, jelas beliau, fitnah tersebut disebabkan 'orang cuba kacau' untuk menggugat keamanan negara. "Di Lahad Datu sebelum ini aman, kenapa sekarang berlaku begini? Ia kerana fitnah sebab kamu semua dan Malaysia sebelum ini selamat tetapi ada orang tertentu membuat fitnah. "Contohnya, macam saya sedang selamat duduk di dalam rumah saya tetapi ada orang datang kacau saya, ia disebabkan fitnah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah maghrib dan mengimamkan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan pasukan keselamatan yang bertugas mempertahankan kedaulatan negara di Sabah di Masjid Ar-Rahmah Taman Wira Mergong di... Continue reading ... |
LAHAD DATU - 'Apa kit amahu buat dengan bagkani2 ini ' kata penganas sulu Posted: 13 Mar 2013 05:39 PM PDT SEMPORNA 13 Mac - "Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu. Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban. Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka. Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
LAHAD DATU - Filipina pintas bot bawa pengikut Jamalul Kiram Posted: 13 Mar 2013 05:37 PM PDT MANILA 13 Mac - Unit rondaan Tentera Laut Filipina pagi ini memintas dua buah bot yang membawa kira-kira 35 pengikut Jamalul Kiram III di sekitar perairan wilayah Tawi-Tawi. Jurucakap Tentera Laut Filipina, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, bot itu dipintas sewaktu berada di perairan bandar Andoligan pada kira-kira pukul 6.30 pagi. Katanya, unit rondaan Tentera Laut Filipina turut merampas senjata api dan peluru daripada kedua-dua bot itu. Katanya, seorang daripada pengikut Jamalul Kiram yang ditahan itu merupakan seorang wanita. Beliau berkata, tidak dapat dipastikan sama ada bot itu sedang menuju ke Sabah. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
LAHAD DATU - Azzumudie dalam kepungan Posted: 13 Mar 2013 05:34 PM PDT LAHAD DATU 13 Mac - Pasukan keselamatan yakin ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di daerah ini, Azzumudie Kiram masih berada dalam kawasan kepungan bersama ahli kumpulannya. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, Azzumudie tidak mungkin dapat melarikan diri dan meninggalkan kumpulannya bersendirian. Kita berkeyakinan dia (Azzumudie) masih berada dalam lokasi Ops Daulat berdasarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan operasi di Kampung (Kg.) Tanjung Batu, Kg. Sungai Nyamuk dan Kg. Sungai Bilis selain perairan negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16 dekat sini hari ini. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment