Thursday, April 4, 2013

blogger boleh: “Artikel 88 akan dirombak?” plus 5 more

blogger boleh: “Artikel 88 akan dirombak?” plus 5 more

Link to bloggerboleh - terkini

Artikel 88 akan dirombak?

Posted: 04 Apr 2013 03:12 AM PDT

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengkaji semua klausa yang terdapat dalam Statut badan bola sepak negara itu, termasuk Artikel 88 bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sudah sampai masanya setiap klausa-klausa yang ada dalam Statut FAM dikaji dan diperbaharui termasuklah Statut Artikel 88."Saya rasa bukan sahaja ketelusan Statut Artikel 88 perlu dilihat semula, tetapi kita perlu melakukan perubahan secara keseluruhan dalam Statut FAM. "Sudah sampai masanya kita perlu perbaharui Statut FAM ini, melengkapkan dengan klausa-klausa yang setimpal dengan keadaan semasa," katanya pada sidang akhbar sempena Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 di sini, semalam.Timbalan Presiden FAM itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai ketelusan Artikel 88 yang kini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Mengulas lanjut berhubung Statut FAM, Tengku Abdullah...

Continue reading ...

Tunku Ismail letak jawatan

Posted: 04 Apr 2013 03:11 AM PDT

KUANTAN 4 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa dukacita susulan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam.Sambil mengharapkan Tunku Ismail mengubah keputusannya, Sultan Ahmad Shah bertitah sejak menerajui PBNJ, TMJ diterima baik peminat bola sepak Johor. "...saya rasa mereka (peminat dan PBNJ) memerlukannya," titah baginda kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN, di sini semalam.Pada masa yang sama, titah baginda, TMJ harus bersedia mematuhi undang-undang badan induk bola sepak tanah air itu jika ingin membabitkan diri dalam pengurusan sukan berkenaan."Dia tak boleh lari daripada undang-undang, bila kita sanggup berkhidmat demi apa juga jawatan, sebab kita (FAM) mempunyai undang-undang. "Tiada siapa mengatasi undang-undang di Malaysia, macam saya cakap.. tidak ada satu...

Continue reading ...

Madonna mahu lelong lukisan bernilai RM21.6 juta

Posted: 04 Apr 2013 03:10 AM PDT

LONDON - Penyanyi pop sensasi, Madonna berhasrat menjual sebuah lukisan abstrak karya pelukis Perancis, Fernand Leger yang bernilai AS$7 juta (RM21.6) juta.Rancangan tersebut adalah untuk mengumpul dana projek pendidikan kaum wanita di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Pakistan. Madonna, 54, berkata, lukisan bertajuk Trois Femmes a la table rouge miliknya akan dilelong oleh firma Sotheby's di New York pada 7 Mei depan."Saya tidak dapat menerima kenyataan apabila wanita atau gadis yang ingin ke sekolah ditembak," kata Madonna dalam satu kenyataan berhubung sumbangan tersebut nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Hyundai, Kia panggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di AS

Posted: 04 Apr 2013 03:08 AM PDT

WASHINGTON - Pengeluar automobil Korea Selatan Hyundai dan Kia memanggil semula hampir 1.9 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berhubung masalah lampu brek dan beg udara.Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan AS (NHTSA) memberitahu semalam bahawa masalah lampu brek itu melibatkan model kenderaan Hyun dai dan Kia yang dikeluarkan antara 2007 hingga 2011. Menurut NHTSA, tindakan tersebut diambil oleh Hyundai dan Kia bagi membaiki lampu brek yang tidak menyala apabila pedal brek ditekan sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.Hyundai memberitahu, pihaknya memanggil semula se bahagian model kenderaan Accent, Tucson, Elantra, Santa Fe, Veracruz, Genesis Coupe dan Sonata. Kia pula mengambil tindakan serupa melibatkan model Rondo, Sportage, Sedona, Soul dan Optima.Sebagai tambahan, Hyundai turut memanggil semula sebahagian model Hyundai Elantra keluaran 2011 hingga 2013 bagi membaiki braket beg udara yang mungkin melayang keluar apabila beg udara...

Continue reading ...

PRU13 - Nenek nak tanding lagi

Posted: 04 Apr 2013 03:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Calon tertua ketika Pilihan Raya Umum ke-12, Maimun Yusof, 94, berhasrat untuk sekali lagi bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Maimun yang sebelum ini hanya mendapat 685 undi selepas tewas di tangan Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) 32,562. Seorang lagi calon ialah Mohamad Sabu (Pas) yang mendapat 31,934 undi. Maimun hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di Wisma Persekutuan di sini kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan berada di sana selama sejam untuk mengambil borang penamaan calon  nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Tukang cuci jumpa pistol dalam setor tandas

Posted: 04 Apr 2013 03:06 AM PDT

GEORGE TOWN - Seorang tukang cuci di pusat beli-belah Times Square di sini terkejut apabila menemui sepucuk pistol jenis Barette bersama 10 butir peluru di sebuah setor dalam tandas kompleks berkenaan pada pukul 6.30 petang semalam. Lelaki terbabit dikatakan mahu mengambil peralatan mencuci yang disimpan di dalam bilik berkenaan sebelum menemui senjata api separa automatik yang diletakkan di atas lantai.Difahamkan, pistol yang berisi 10 butir peluru 9mm itu berada dalam keadaan bersiap sedia untuk digunakan pemiliknya.  nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan