blogger boleh: “Rita Rudani - SAYA BEBAS BERLAKON DGN SAPA2” plus 5 more |
- Rita Rudani - SAYA BEBAS BERLAKON DGN SAPA2
- Rajagobal ke dakwa?
- Pelan Blackberry Z10 daripada Maxis
- PCHBlog
- 2 beradik pecah rekod dunia letak kereta di ruang sempit
- Kekang blog hina Islam
Rita Rudani - SAYA BEBAS BERLAKON DGN SAPA2 Posted: 28 Mar 2013 02:42 AM PDT NAMA aktres jelita Rita Rudaini nampaknya semakin hangat. Selain sibuk naik turun mahkamah kerana masalah rumah tangganya bersama suami, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang masih belum menemui titik noktahnya, timbul pula isu bahawa suaminya itu pernah melarangnya berlakon dengan aktor kelahiran Singapura. Banyak spekulasi timbul biarpun selepas dua aktor kelahiran Singapura, Adi Putra dan Aaron Aziz memberi komen masing-masing berhubung isu tersebut. Sebelum ini Rita pernah berlakon dalam filem Balistik dan drama Sehangat Asmara bersama Adi Putra, selain bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama Rahsia Hati. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu, ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita baru-baru ini. Kosmo!: Bagaimanakah isu Aidil melarang Rita berlakon dengan aktor Singapura ini boleh timbul? RITA: Sebenarnya isu yang dibangkitkan ini merupakan isu lama bermula awal tahun lalu sebelum rumah tangga saya bergolak lagi. Ketika itu wartawan ada bertanya kepada saya... Continue reading ... |
Posted: 28 Mar 2013 02:41 AM PDT PETALING JAYA - Kurang 24 jam selepas Harimau Malaya ditimpa kekalahan 0-2 kepada Palestin pada perlawanan amal antarabangsa di Kuantan kelmarin, ketua jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal pula berdepan petanda buruk baharu apabila bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jawatankuasa itu mendapati wujud kes terhadapnya yang menyentuh Artikel 88 Peraturan 2010-14 FAM gara-gara menyalahkan kehadiran penyerang import dalam Liga Malaysia sehingga mendakwa penyerang tempatan kurang menyengat ketika perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi, 17 Mac lalu. Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Razak berkata, pihaknya akan menghantar surat pertuduhan kepada Rajagobal minggu depan dengan satu tempoh tertentu diberikan oleh jawatankuasa itu untuk jurulatih berkenaan menjawabnya. "Setelah berbincang panjang lebar, kami dapati ada kes untuk mendakwa Datuk Rajagobal dan kertas pertuduhan akan dihantar kepadanya mengikut prosedur... Continue reading ... |
Pelan Blackberry Z10 daripada Maxis Posted: 28 Mar 2013 02:41 AM PDT BLACKBERRY Z10 bakal menemui peminat telefon pintar jenama tersebut mulai bulan ini, tetapi buat permulaan hanya boleh didapati di pusat Maxis di seluruh negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Sandip Das, Blackberry merupakan salah satu peranti yang penting kepada pelanggan korporat selama lebih daripada satu dekad. "Sejak beberapa tahun yang lalu, peranti ini juga telah menawan pengguna muda terutamanya dengan aplikasi yang ditawarkan. "Terkini BlackBerry Z10 yang merupakan titik perubahan dalam sejarah syarikat dengan sistem operasi baru yang direka untuk menetapkan semula standard dalam arena peranti terminal," katanya dalam satu majlis perasmian peranti tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Blackberry Z10 menawarkan pelbagai aplikasi terbaru serta tawaran istimewa menerusi Maxis. Maxis merupakan syarikat telekomunikasi pertama memperkenalkan peranti pelbagai guna BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004,. Sejak itu, syarikat tersebut terus... Continue reading ... |
Posted: 28 Mar 2013 01:02 AM PDT h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ... Continue reading ... |
2 beradik pecah rekod dunia letak kereta di ruang sempit Posted: 27 Mar 2013 05:33 PM PDT LONDON 27 Mac - Bagi kebanyakan pemandu berpengalaman, meletakkan kereta secara selari bukan perkara yang mudah untuk dilakukan, lebih-lebih lagi jika perbuatan kita sedang diperhatikan oleh pemandu lain yang boleh menganggu cara pemanduan kita. Namun, dua beradik dari Britain berjaya melakukannya, walaupun di ruang letak kereta paling sempit dan dengan cara pemanduan yang laju dan hanya menggunakan brek tangan serta teknik pusingan tayar. Atas kemahiran mereka, Alastair dan John Moffatt, berjaya memecah rekod dunia meletakkan kereta di ruang paling sempit, dengan hanya meninggalkan ruang sekecil 13.1 sentimeter antara kereta depan dan kereta belakang. Dua beradik dari Gloucester itu mempamerkan kemahiran pemanduan dan ketepatan mereka untuk mengenepikan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Ronny Wechselberger, dengan jarak yang tinggal sekecil 14 sentimeter. Dalam cabaran terbaharu tersebut, Alastair dan Moffatt perlu menggelincirkan kereta ke dalam ruang letak kereta... Continue reading ... |
Posted: 27 Mar 2013 05:31 PM PDT DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam, selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran bagi menuntut penulis blog berfahaman ateis dihukum. Penolong Pengarah Penguat Kuasa Telekomunikasi, Rahman Khan, semalam berkata, pihaknya telah mengarahkan dua laman web terkenal di Internet supaya membuang beratus-ratus komen menghina Islam yang ditulis oleh tujuh penulis blog. "Penulisan mereka itu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dua laman web tersebut, Somewhereinb log.net dan Amarblog.com akur dengan arahan pihak berkuasa dan memadamkan komen-komen kontroversi berkenaan. "Pihak kami juga sedang memantau beberapa laman web lain dan memadam mana-mana blog yang menghina Islam bagi memastikan keharmonian negara ini terjamin," katanya nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment