Thursday, March 21, 2013

blogger boleh: “PCHBlog” plus 8 more

blogger boleh: “PCHBlog” plus 8 more

Link to bloggerboleh - terkini

PCHBlog

Posted: 21 Mar 2013 01:02 AM PDT

h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ...

Continue reading ...

Rajagobal puas hati aksi Piya

Posted: 20 Mar 2013 09:13 PM PDT

PENAMPILAN julung kali kapten pasukan The Red Warriors (TRW), Badhri Radzi bersama skuad Harimau Malaya ketika berdepan Arab Saudi pada pertemuan persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin nyata tidak mengecewakan.Perkara ini diakui sendiri jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas sidang media sejurus permainan berakhir yang berkesudahan tewas 1-4."Piya (Badhri) menunjukkan satu permainan yang baik dalam perlawanan ini. Secara keseluruhan, saya berpuas hati penampilan beliau," katanya.Sementara itu, Piya akui permainan beliau agak hambar kerana itu merupakan cap pertamanya untuk kem negara di pentas antarabangsa."Mungkin ramai pihak mengatakan saya bermain begitu teruk berbanding Safiq Rahim. Ini baru cap pertama saya berbanding Safiq," katanya yang menyerahkan keputusan kepada Rajagobal mengenai peluang kedua untuk perlawanan berdepan Yaman bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015, Jumaat ini. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Natasha Hudson beri penjelasan aksi panas dan 'daring'

Posted: 20 Mar 2013 09:12 PM PDT

"SAYA profesional dan ia adalah sebahagian daripada kerja saya. Aksi itu juga saya buat sebelum bertudung. Pada saya, ia tidak memberi kesan yang besar dan perkara itu juga sudah lepas," ujar aktres Natasha Hudson, mengulas mengenai beberapa adegan bersama Namron di dalam filem terbaru,Langgar, yang disifatkan agak 'panas' dan 'daring'. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai adegan yang melibatkan dirinya itu, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31, berkata, dia tidak melihat adegan tersebut sebagai sesuatu yang panas dan menimbulkan kontroversi.Apatah lagi ketika menerima tawaran filem sulung arahan Syed Hussein (Sein) tersebut, dia jatuh cinta pada jalan ceritanya dan adegan yang dilakonkan itu sekadar menurut kehendak skrip."Saya suka dengan jalan ceritanya, apatah lagi Langgar merupakan filem aksi pertama saya. Adegan yang saya lakukan sebenarnya bukanlah terlalu seksual, sebaliknya dikategorikan sebagai ganas."Amanda (watak lakonannya) adalah seorang bekas...

Continue reading ...

Gangnam style ditukar kepada Assarabia

Posted: 20 Mar 2013 09:10 PM PDT

SEOUL - Penyanyi PSY berhasrat menukar tajuk dan lirik lagu Gangnam Style selepas merasakan ianya menyinggung perasaan masyarakat Arab.Psy berkata menerusi laman web Korea Selatan,  beliau memutuskan untuk menukar tajuk lagu itu kepada Assarabia atau Assaravia dalam bahasa Inggeris."Lirik lagu itu juga akan ditukar kerana masyarakat Arab mungkin menyalahtafsirkan tajuk itu sebagai penghinaan," katanya dipetik AP.Beliau berkata, bagaimanapun, keseluruhan lirik itu hanya sekadar hiburan tanpa berniat untuk menyentuh elemen etnik atau keghairahan. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Sekatan baru di Masjid al-Aqsa

Posted: 20 Mar 2013 09:09 PM PDT

BAITULMAQDIS - Polis Israel dilaporkan tidak membenarkan penduduk Palestin berumur 50 ke bawah memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat pada minggu lalu.Di bawah arahan baru itu, pihak berkuasa rejim Zionis mengumumkan kononnya hanya pemegang kad identiti biru (penduduk Baitulmaqdis) diberi kebenaran masuk ke masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam tersebut.Dipetik laporan Agencies, Yayasan Warisan al-Aqsa mengesahkan ahli politik Israel, Moshe Feiglin diiringi tentera rejim Zionis cuba untuk menyerbu al-Aqsa tetapi gagal.Yayasan itu turut  menyifatkan pencerobohan tersebut sebagai usaha merealisasikan niat jahat rejim Zionis untuk membahagikan masjid terbabit. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

Pakatan Rakyat terbuka terima hasrat Anwar tanding di Selangor

Posted: 20 Mar 2013 09:06 PM PDT

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Selangor atau Perak. Ketua Penerangan PKR Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, ia secara tidak langsung membuatkan Barisan Nasional (BN) lebih tergugat dengan kehadiran Ketua Umum PKR itu jika Anwar memilih untuk bertanding di Selangor. Katanya, kedudukan Anwar sebagai ketua umum membolehkan beliau membuat pilihan untuk memilih kawasan yang ingin ditandinginya. "Ini bukan soal (beri) laluan (kepada Anwar untuk bertanding di Selangor) kerana kedudukan beliau sebagai ketua umum ini adalah kedudukan teratas. Kalau beliau bertanding di Selangor, kita akan pastikan untuk kerusi yang ditandinginya akan menang besar," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PKR Selangor sedia memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi Parlimen di...

Continue reading ...

Rakyat Kelantan terima wang ihsan RM69 juta

Posted: 20 Mar 2013 05:45 PM PDT

KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak RM69 juta daripada RM70 juta wang ihsan yang diperuntukkan kerajaan Pusat sejak tiga tahun lalu telah disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan di negeri ini. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha berkata, sebanyak RM23 juta digunakan untuk membantu 38,706 pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).   Pendidikan   Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya menjangkakan 18,000 pelajar akan melanjutkan pelajaran ke IPT di seluruh negara. "Sebahagian besar wang ihsan digunakan untuk pendidikan anak-anak negeri ini dan peruntukan lebih besar diperlukan bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada tahun ini. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9";

Continue reading ...

LAHAD DATU - Mayat 28 pengganas Kiram dikebumi sementara di lokasi rahsia

Posted: 20 Mar 2013 05:43 PM PDT

LAHAD DATU 20 Mac - Kesemua 28 mayat kumpulan pengganas Kiram yang telah selesai dibedah siasat dan dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dikebumikan sementara di lokasi yang dirahsiakan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mayat itu dijangka dikebumikan dalam tempoh terdekat.   Menurut beliau, keputusan mengebumikan mayat-mayat tersebut dibuat selepas satu mesyuarat melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. Pengebumian sementara itu adalah untuk mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul, selain mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Tawau," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.   Waris boleh tuntut   Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana waris yang mahu menuntut mayat pengganas berkenaan. Katanya, mereka yang ingin menuntut mayat tersebut...

Continue reading ...

LAHAD DATU - MILF VS MNLF

Posted: 20 Mar 2013 05:47 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro. Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.   "Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran. Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk...

Continue reading ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan