Friday, March 8, 2013

blogger boleh: “PCHBlog” plus 4 more

blogger boleh: “PCHBlog” plus 4 more

Link to bloggerboleh - terkini

PCHBlog

Posted: 08 Mar 2013 01:08 AM PST

h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ...

Continue reading ...

Badan kereta Volkswagen hibrid terlalu ringan

Posted: 07 Mar 2013 04:44 PM PST

LONDON - Pembuat kereta terkenal Eropah, Volkswagen bakal menghasilkan sebuah kereta hibrid Volkswagen XL1 yang amat menjimatkan minyak, lapor akhbar The Sun semalam. Ia dikuasakan enjin diesel 800cc dan mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) pada meter laju dalam tempoh 11.9 saat dengan kelajuan maksimum 159 km/j. Badan Volkswagen XL1 diperbuat daripada gentian karbon dan cermin hadapannya dikatakan paling nipis di dunia.   Kenderaan dua tempat duduk yang mempunyai ketinggian 1.18 meter dan berat 800 kilogram itu mampu bergerak sejauh 48km menggunakan tenaga diesel elektrik. Sementara itu, tangki minyak Volkswagen XL1 hanya mampu mengisi 10 liter bahan api. Kereta itu bergerak dari London ke Leeds sejauh 313.82 kilometer dengan kos minyak sebanyak £4 (RM18.67).   Syarikat pengeluar kereta Volkswagen itu membelanjakan £1 bilion (RM4.67 bilion) selama lebih 15 tahun untuk menjadikan badan kereta berkenaan ringan dengan tujuan untuk mengurangkan...

Continue reading ...

Jamalul Kiram dulu kata sanggup mati, kini...

Posted: 07 Mar 2013 04:43 PM PST

MANILA - Seorang warga Filipina yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III semalam memberitahu para pengikutnya supaya berhenti bertempur selepas seminggu berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.   Jurucakap Jamalul Kiram di sini menyatakan pihaknya mengisytiharkan 'gencatan senjata sebelah pihak' sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan. Lebih 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah warisan Kesultanan Sulu.   "Tentera kami akan berada dalam kedudukan bertahan," kata jurucakap itu, Abraham Idjirani. Menurutnya, para pengikut itu tidak akan melakukan sebarang tindakan. "Para pengikut itu akan kekal berada di tempat mereka sekarang. "Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya.   Menurut Idjirani, pihaknya berharap...

Continue reading ...

Ejen-ejen perisikan pantau rumah Jamalul Kiram

Posted: 07 Mar 2013 04:41 PM PST

MANILA, Filipina - Seorang pegawai Biro Penyiasatan Negara (NBI) Filipina mengaku menghantar beberapa orang ejen ke rumah Sultan Jamalul Kiram III (gambar) di bandar Taguig, di selatan bandar raya ini, lapor akhbar Daily Inquirer semalam. Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan NBI, Reynaldo Esmeralda berkata, ia merupakan operasi yang diluluskan pejabatnya.   Ia turut mendapat kebenaran daripada Timbalan Pengarah Perkhidmatan Penyiasatan Khas, Ruel Lasala. "Tugas yang diberikan kepada ejen-ejen tersebut adalah untuk memantau kediaman keluarga Jamalul Kiram," kata Esmeralda. Tindakan menghantar ejen-ejen tersebut telah menyebabkan kawalan keselamatan di rumah keluarga Jamalul Kiram diperketatkan.   Pendedahan itu dibuat selepas seorang jurucakap keluarga Jamalul Kiram berkata, tiga orang lelaki telah memperkenalkan diri mereka sebagai kru sebuah stesen televisyen dan kemudian berlegar-legar di dalam rumah tersebut kelmarin. Ketika ditanya pemberita kenapa ejen-ejen...

Continue reading ...

Puteri Sultan Sulu berbohong

Posted: 07 Mar 2013 04:39 PM PST

MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.   Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu. Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu. Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.   "Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak...

Continue reading ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan