blogger boleh: “Kasut Emmet” plus 11 more |
- Kasut Emmet
- Falcao kini bernilai hampir RM250j
- Versus 2 - band2 hebat berentap
- 18 calon dapat 5A dalam STPM 2012
- efamilyexpert.com - dapat nasihat online isu rumahtangga
- LAHAD DATU - Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas
- PCHBlog
- Ted Bundy, si pembunuh kacak
- Penduduk namakan 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul'
- Azman Hashim sumbang derma RM1 bilion
- LAHAD DATU - Tinggalan pengganas Sulu ditemui
- LAHAD DATU - Jurucakap Kiram nafi Azzimuddie larikan diri
Posted: 18 Mar 2013 03:03 AM PDT Biarpun namanya masih hijau di pasaran, jenama kasut Emmet bukan calang-calang kerana sudah disarungkan oleh banyak nama besar tempatan termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid. Malah lebih membanggakan, kasut serta tas tangan rekaannya turut digayakan selebriti Hollywood, Lauren Mayhew pada acara karpet merah Anugerah Grammy Ke-55 di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Lauren, penyanyi dan pelakon yang pernah membintangi siri televisyen popular yang mendapat rating tinggi di seluruh dunia seperti CSI: Crime Scene Investigation, CSI: Miami dan Law & Order.Walaupun baru bertapak di pasaran sejak 2010, jenama Emmet sudah mendapat perhatian eksklusif daripada golongan kenamaan termasuk kerabat diraja, ahli perniagaan berjaya dan personaliti televisyen. Kasutnya juga pernah dipakai Ana Raffali ketika menyampaikan lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-25 pada 2011 yang menyaksikan penyanyi... Continue reading ... |
Falcao kini bernilai hampir RM250j Posted: 18 Mar 2013 02:49 AM PDT LONDON - Manchester City bakal mengatasi rekod perpindahan termahal Britain apabila sanggup berbelanja £52 juta (RM245.2 juta) bagi mendapatkan khidmat Radamel Falcao. The Citizens yakin mereka akan dapat memancing penyerang Atletico Madrid itu yang turut menarik minat Real Madrid. Falcao, 27, dipercayai mempunyai harga penebusan kontrak sebanyak 60 juta euro (RM244.8 juta) di mana Real dikhabarkan enggan memenuhi harga tersebut, City percaya mereka mampu mengatasi Chelsea dalam perebutan ke atas penyerang Colombia ini. Pemain itu juga dikatakan mampu memancing jurulatih Real, Jose Mourinho ke Stadium Etihad setelah spekulasi mula tersebar bahawa The Special One akan meninggalkan Bernabeu pada musim panas nanti. Mourinho dan Falcao juga diwakili oleh ejen yang sama, Jorge Mendes dan kedua-duanya berpotensi menyertai City meskipun masa depan pengurus Roberto Mancini masih belum diputuskan. Penyerang City, Edin Dzeko juga mungkin akan menyertai Atletico sebagai... Continue reading ... |
Versus 2 - band2 hebat berentap Posted: 18 Mar 2013 02:46 AM PDT VERSUS merupakan antara program realiti yang menampilkan kelainan dalam format program lain yang ada ditayangkan menerusi kaca televisyen. Ini kerana ia akan menampilkan lima buah band yang hebat untuk bertanding sesama sendiri bagi merebut gelaran juara dan sekali gus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200,000. Menempa kejayaan dalam musim pertama dengan menyaksikan Hujan telah menjadi juara, kini musim kedua bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan tema yang lebih menarik. Menggunakan format program yang sama 100 peratus, Versus musim kedua bakal bermula pada 5 April ini setiap Jumaat, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV9. Apa yang menarik, pesertanya kali ini merupakan band-band hebat iaitu Kristal, Oh Chentaku, Kyoto Protocol, Estranged dan Manifesto. Jika musim pertama menyaksikan dua band yang baru ditubuhkan iaitu Black Parallax dan Go Gerilla bertanding meluahkan hasil kreativiti mereka, kali ini giliran Manifesto pula. ... Continue reading ... |
18 calon dapat 5A dalam STPM 2012 Posted: 18 Mar 2013 02:51 AM PDT KUALA LUMPUR - Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,709 calon atau 5.24 peratus lulus penuh dalam lima mata pelajaran manakala calon yang lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah 21,779 calon (42.15 peratus). "Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13 peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran. "Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon (47.39 peratus) bagi tahun lepas," katanya ketika mengumumkan keputusan... Continue reading ... |
efamilyexpert.com - dapat nasihat online isu rumahtangga Posted: 18 Mar 2013 02:43 AM PDT BANGI — Orang ramai kini berpeluang mendapatkan konsultasi mengenai isu rumah tangga melalui internet yang dibangunkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, portal itu boleh dilayari di efamilyexpert.com. "Ia memberi peluang kepada mereka yang malu atau mempunyai masa yang terbatas untuk berjumpa dengan pakar atau pihak-pihak berkenaan bagi mendapatkan nasihat mengenai isu-isu terbabit," katanya selepas melancarkan portal itu di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini. Mengulas lanjut mengenai portal itu, Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin berkata, selain menempatkan maklumat dan tip mengenai isu berkaitan rumah tangga, ia juga memuatkan ruangan untuk para pelayar bertanya sebarang soalan kepada pakar. Pada masa ini, pakarnya termasuk dari Sukarelawan Peguam serta Persatuan Peguam Muslim dengan... Continue reading ... |
LAHAD DATU - Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas Posted: 18 Mar 2013 02:40 AM PDT KOTA BHARU — Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang. "Tindakan ke atas guru terbabit berkuat kuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di sini hari ini. Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilaporkan membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" dalam laman sosial Facebook. Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu. Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh. nuffnang_bid =... Continue reading ... |
Posted: 18 Mar 2013 01:03 AM PDT h1 a:hover {background-color:#888;color:#fff ! important;} div#emailbody table#itemcontentlist tr td div ul { list-style-type:square; padding-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div blockquote { padding-left:6px; border-left: 6px solid #dadada; margin-left:1em; } div#emailbody table#itemcontentlist tr td div li { margin-bottom:1em; margin-left:1em; } table#itemcontentlist tr td a:link, table#itemcontentlist tr td a:visited, table#itemcontentlist tr td a:active, ul#summarylist li a { ... Continue reading ... |
Posted: 17 Mar 2013 10:38 PM PDT DIA mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya, lelaki dikenali sebagai Ted Bundy ini sebenarnya adalah seorang penculik, perogol, pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an. Pemilik nama sebenar Theodore Robert Cowell ini dilahirkan pada 24 November 1946 di Elizabeth Lund Home di Burlington. Vermont. Dia dibesarkan di rumah datuk dan neneknya di Philadelphia. Pada 1951, Bundy berpindah ke Tacoma, Washington selepa ibunya, Louise Cowell berkahwin dengan seorang tukang masak Johnny Culpepper Bundy. Walaupun terpaksa berhadapan dengan tanggapan negatif masyarakat pada masa itu berikutan statusnya sebagai anak tidak sah taraf, Bundy membesar sebagai seorang remaja yang baik dan sering mendapat keputusan cemerlang di sekolah. Selepas tamat sekolah tinggi pada 1965, dia melanjutkan pengajian ke Universiti Puget Sound, sebelum berpindah ke Universiti Washington pada 1966... Continue reading ... |
Penduduk namakan 'Jalan Wira Negara Koperal Azrul' Posted: 17 Mar 2013 10:36 PM PDT KLANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah keluarga Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden tembak-menembak di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas, di Kampung Rantau Panjang di sini. Najib, ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyampaikan bantuan berjumlah RM20,000 sumbangan Yayasan Kelana Ehsan kepada keluarga Allahyarham. Beliau dan isteri kemudian menghadiri Perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Rakyat di Padang SMK Meru, kira-kira 25 kilometer dari kampung itu. Sementara itu, bapa Mohd Azrul, Tukiran Ahamad berkata Perdana Menteri menasihatkan mereka sekeluarga supaya bersabar kerana perkara yang berlaku tidak diduga dan memberi jaminan akan memberikan segala bantuan yang dijanjikan. Tukiran, yang melahirkan rasa terharu dan terima kasihnya atas kesudian Perdana Menteri berkunjung ke rumah mereka, turut berkata Najib juga bertanya berkaitan arwah dalam kunjunan singkat itu. Sementara itu, ibu... Continue reading ... |
Azman Hashim sumbang derma RM1 bilion Posted: 17 Mar 2013 10:12 PM PDT KUALA LUMPUR - Pengerusi dan pemilik Kumpulan AmBank yang terkenal dengan sifat dermawannya, Tan Sri Azman Hashim menyumbangkan RM1 bilion daripada kekayaannya kepada Yayasan Azman Hashim di sini malam tadi. Menurut beliau, sumbangan itu bertujuan membantu pembangunan pendidikan golongan kurang berkemampuan serta meringankan beban badan-badan kebajikan. "Wang dana sebanyak RM1 bilion itu akan digunakan secara berperingkat bagi membina lebih banyak kemudahan kepada golongan memerlukan. "Ia tidak terhad kepada bidang pelajaran sahaja kerana jika terdapat bidang lain yang memerlukan bantuan daripada dana ini, ia akan turut dibantu," katanya. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
LAHAD DATU - Tinggalan pengganas Sulu ditemui Posted: 17 Mar 2013 10:11 PM PDT LAHAD DATU - Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan. Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini. Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah. Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina. Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas... Continue reading ... |
LAHAD DATU - Jurucakap Kiram nafi Azzimuddie larikan diri Posted: 17 Mar 2013 05:43 PM PDT MANILA - Jurucakap Jamalul Kiram III semalam menafikan bahawa Raja Muda Azzimuddie Kiram telah melarikan diri ke tanah airnya, Filipina. Pada bulan lalu, Azzimuddie mengetuai lebih 200 pengganas menceroboh Sabah di Malaysia untuk menuntut negeri berkenaan. Pengganas-pengganas Jamalul Kiram telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Sabah kerana mendakwa negeri itu milik Kesultanan Sulu berdasarkan faktor sejarah. Kumpulan tersebut membina sebuah kem di Sabah pada 12 Februari lalu untuk melaksanakan tuntutan mereka sekali gus mencetuskan isu diplomatik dan keselamatan kepada Manila dan Kuala Lumpur. Konfrontasi itu meletus menjadi pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu. Beberapa laporan dari Malaysia memetik panglima angkatan tentera negara itu, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin sebagai berkata bahawa Azzimuddie telah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Filipina. Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan... Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment