blogger boleh: “Speaker DUN Perak fail saman malu” plus 11 more | |
- Speaker DUN Perak fail saman malu
- Dana SPP1M bantu pelajar - rm1 billion
- Hentikan
- Messi makhluk luar biasa
- Terjunan Baumgartner lebih laju
- Biawak komodo mengganas
- BRIM 2.0 tutup 15 Mac ( bujang rm250, kahwin rm500 )
- Kaki terbakar
- UTM tawar biasiswa kepada 10 penduduk Gaza
- Felda buka tiga lagi akademi utk cari remaja Felda main bola
- Nazmi balik sebab gaji sikit
- Malaysia 0 Qatar 2
Speaker DUN Perak fail saman malu Posted: 06 Feb 2013 09:16 PM PST IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Lima ADUN pembangkang itu ialah Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan), V. Sivakumar (Tronoh), Nga Kor Ming (Pantai Remis), A. Sivasubramaniam (Buntong) dan Lim Pek Har (Menglembu). Ganesan yang juga Timbalan Pengerusi MIC Perak berkata, kesemua defendan telah mengeluarkan kenyataan fitnah ke atasnya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di sini baru-baru ini. "Sebelum ini, saya telah memaklumkan akan melakukan tindakan perundangan kepada individu yang menerbitkan, menyebabkan untuk diterbitkan, menerbitkan semula, mengulangi, menyebabkan untuk mengulangi perkataan yang telah memfitnah saya dengan mengatakan terdapatnya cakera padat salah laku saya. "Saya juga telah membuat laporan polis supaya siasatan terperinci dapat dilakukan terhadap pihak-pihak terlibat pada 22... Continue reading ... |
Dana SPP1M bantu pelajar - rm1 billion Posted: 06 Feb 2013 09:12 PM PST PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan dana permulaan sebanyak RM1 bilion yang memberi kemudahan pinjaman kewangan tambahan kepada golongan pelajar di peringkat pengajian tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, ia merupakan satu lagi transformasi dalam pendidikan yang direalisasikan oleh kerajaan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Katanya, skim itu berperanan menyediakan pinjaman tambahan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang perubatan serta bidang-bidang kritikal. "Yuran pengajian terutamanya bidang-bidang profesional dan kritikal di institusi pengajian tinggi swasta tempatan dan juga institusi pengajian tinggi di luar negara adalah tinggi. "Walaupun dengan adanya pinjaman PTPTN, ramai pelajar terutamanya... Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 09:11 PM PST "HENTIKAN membuat spekulasi berhubung pemain muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor." Demikian titah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam yang meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pemain muda negara itu yang kini menyertai Selangor PKNS. Tengku Abdullah bertitah, baginda bagaimanapun mengakui terkejut dengan keputusan Nazmi meninggalkan kelab S.C. Beira–Mar dalam Liga Divisyen Satu Portugal untuk kembali bermain dalam liga bola sepak tempatan. Begitupun, baginda berharap agar Nazmi dapat mengembalikan keyakinan diri dan bermain dengan sebaik mungkin. Tambah baginda, Nazmi juga wajar membuat pertimbangan sekiranya diberi tawaran baharu untuk beraksi dengan mana-mana kelab bola sepak dari luar negara pada masa akan datang. "Saya masih belum berkesempatan berjumpa dengan dia (Nazmi). Saya berharap, jangan kita cepat kritik dia kerana ia boleh menyebabkan dia cepat putus asa. ... Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 09:06 PM PST LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi seperti makhluk yang datang dari planet lain.Wenger berkata demikian selepas melihat bakat luar biasa yang dimiliki Messi sehingga diobatkan selaku penerima anugerah Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut bulan lalu.Pada pandangan Wenger, kemuncak prestasi Messi adalah ketika penyerang kelahiran Argentina itu meledak empat gol bagi membantu Barcelona menewaskan Arsenal dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara 2010. "Messi datang dari planet berbeza. Sudah pastinya dia pemain terbaik di dunia yang pernah saya lihat tetapi saya percaya pada tahun ini, dia benar-benar layak dianugerahkan apa yang telah dilakukan secara individu. "Buat pertama kali, dia berjaya memenangi anugerah itu secara peribadi kerana dia tidak memenangi Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan tidak memenangi apa-apa gelaran bagi negaranya. "Bagaimanapun, secara peribadi, dia memang menakjubkan kerana... Continue reading ... |
Terjunan Baumgartner lebih laju Posted: 06 Feb 2013 09:03 PM PST VIENNA - Penerjun udara Austria, Felix Baumgartner (gambar kecil) yang terjun di pinggir angkasa lepas Oktober tahun lalu jatuh pada kelajuan 1.25 kali ganda lebih pantas daripada bunyi, kata pihak penganjur semalam. Sebelum ini, kiraan awal mendapati kelajuannya hanya 1.24 kali ganda lebih pantas daripada bunyi. Menurut analisis terakhir pasukan Baumgartner, Red Bull Stratos, lelaki berusia 43 tahun itu mencecah kelajuan 1,357.6 kilometer sejam atau Mach 1.25 dalam terjunam bebas itu. Menurut Red Bull Stratos, Persekutuan Aeronautik Antarabangsa kini menimbang untuk mengesahkan terjunam tersebut sebagai mencatat rekod dunia. Baumgartner terjun dari sebuah kapsul pada ketinggian 38,969.4 meter di langit negeri California, Amerika Syarikat pada 14 Oktober tahun lalu dengan aksinya ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen dan internet nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 09:02 PM PST JAKARTA - Seekor biawak komodo di Indonesia menyerang dua orang renjer perhutanan di sebuah pulau yang menjadi habitat spesies cicak raksasa tersebut, kata seorang pegawai semalam. Pegawai berkenaan, Heru Rudiharto berkata, serangan itu telah menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital. Menurutnya, seorang renjer berusia 50 tahun sedang duduk di bahagian hadapan pejabatnya di Pulau Rinca tengah hari kelmarin apabila seekor biawak komodo sepanjang dua meter tiba-tiba menerpa masuk. Pulau berkenaan menempatkan Taman Kebangsaan Komodo. "Dia panik selepas melihat biawak Komodo itu dan cuba melompat ke atas sebuah kerusi. Namun, binatang buas itu dengan pantas menangkap dan menggigit kakinya," kata Heru, Katanya, renjer itu merupakan mangsa serangan serupa oleh biawak komodo pada 2009. Seorang lagi mangsa yang berusia 35 tahun telah mendengar jeritan dan dengan segera berlari untuk memberi bantuan tetapi dia turut diserang reptilia... Continue reading ... |
BRIM 2.0 tutup 15 Mac ( bujang rm250, kahwin rm500 ) Posted: 06 Feb 2013 09:00 PM PST PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. "Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. "Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini. Ahmad Husni berkata, kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan diterima nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 04:39 PM PST RAMAI daripada kita pastinya menanam keinginan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, waima ada sekelumit ketakutan di dalam diri kiranya kehadiran sebagai tetamu Allah itu diuji dengan pelbagai ujian dan kifarah.Namun bagi ahli perniagaan, Tuah Borhan, 42, ibadah umrah yang dikerjakan kali kedua serta haji itu perlu dikongsi dengan khalayak umum. Bukan bermaksud untuk membuka aib diri, namun kisah yang ringkas ini akui Tuah telah meninggalkan makna yang besar dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi dalam soal menjaga hubungan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa yang semakin sudah terhakis masa kini. "Selagi tidak berlaku ke atas diri atau tidak kena batang hidung sendiri, kadang-kadang kita tidak percaya, walaupun ada ditegaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud: ...maka sekali-kali janganlah kami mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah"...," katanya memulakan bicara malam itu di rumahnya, baru-baru ini. Sambung Tuah, pada masa itu,... Continue reading ... |
UTM tawar biasiswa kepada 10 penduduk Gaza Posted: 06 Feb 2013 04:37 PM PST KUALA LUMPUR 5 Feb. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa kepada 10 kakitangan akademik beberapa universiti di Gaza. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bentuk pengecualian yuran pengajian bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dengan jumlah kos keseluruhan bernilai RM400,000 untuk tempoh tiga tahun. Menurut beliau, sebagai permulaan untuk tahun ini, dua kakitangan akademik daripada universiti terpilih akan ditawarkan biasiswa tersebut. "Menjelang 2015 iaitu tiga tahun dari sekarang, lapan lagi kakitangan akademik akan dipilih untuk diberikan biasiswa. "UTM menawarkan biasiswa dalam bidang teknologi pembinaan, sistem kumbahan dan bekalan air bagi membina semula kemudahan asas yang musnah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Zaini, tawaran biasiswa oleh UTM itu dibuat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju... Continue reading ... |
Felda buka tiga lagi akademi utk cari remaja Felda main bola Posted: 06 Feb 2013 04:35 PM PST SEREMBAN - Sebanyak tiga lagi Akademi Bola Sepak Felda akan dibuka di tiga wilayah tanah rancangan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak Felda mengasah bakat masing-masing dalam sukan tersebut.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, akademi itu akan dibuka di Gua Musang, Alor Setar dan Johor.Menurutnya, sehingga kini Felda sudah mewujudkan Akademi Bola Sepak di Kuantan sejak lima tahun lalu bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan berkenaan."Kerajaan berharap ikon bola sepak dapat dilahirkan dalam kalangan anak-anak Felda sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Anak Felda ke Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales di sini, semalam. Yang turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Pengerusi 1Malaysia Cardiff City Football Academy Sdn. Bhd., Datuk Chan Tien Ghee. Pada majlis itu, seramai 50 anak Felda yang menjalani latihan pendedahan di Akademi Bola Sepak Cardiff City... Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 04:33 PM PST KOTA BHARU - Model jelita, Tengku Nurshufilla Tengku Shubli, 21, yang juga bekas kekasih Nazmi Faiz Mansor menafikan kepulangan pemain muda itu ke negara ini dari Portugal mempunyai kaitan dengan hubungan cinta mereka yang retak.Tengku Nurshufilla atau lebih dikenali sebagai Tengku Fiella bagaimanapun menjelaskan, Nazmi pernah menyatakan kepadanya hasrat untuk kembali bermain di negara ini kerana tertekan dengan gaji yang terlalu rendah dibayar oleh kelab lamanya, SC Beira-Mar. "Tiada kaitan dengan hubungan kami. Dia memang masalah dengan kelab di sana, gaji sikit memang satu masalah. "Dia ada memberitahu saya dua atau tiga bulan lepas (ketika masih bercinta) bahawa dia mahu balik ke Malaysia, gaji di sana sikit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam. Nazmi, 19, yang membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia sehingga namanya meniti bibir peminat bola sepak tanah air. Harapan peminat untuk... Continue reading ... |
Posted: 06 Feb 2013 04:30 PM PST KUALA LUMPUR 6 Jan. - Malaysia membuka tirai bola sepak Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 dengan kecundang kepada Qatar 2-0 di Stadium Jassim Hamad, Doha, awal pagi tadi. Sepakan bebas Khalfan Ibrahim yang tertampan pemain Malaysia dan tolakan mudah Yusef Ahmad daripada serangan balas masing-masing pada minit ke-55 dan 90 sudah memadai buat tuan rumah untuk meraih tiga mata. Malaysia akan meneruskan kempen kelayakan ini dengan menentang Yemen di Shah Alam pada 22 Mac depan nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment