blogger boleh: “Makanan segera rosakkan hati” plus 12 more | |
- Makanan segera rosakkan hati
- Star S1 Android 4.1 - Telefon pintar mampu milik
- Bahana ingkar kontrak pertunangan
- INSTEDT jadi Kolej Universiti 2014
- Pangkalan data tunggal permudah guru
- Lions XII ancam emas kita
- Pengguna FB boleh promosi status rakan
- Gelombang ubah Kelantan
- Amah lambung bayi direman
- Nilai kekayaan 40 individu RM195b
- Red Warriors hadapi masalah baru
- Dividen KWSP paling tinggi dalam sedekad
- Psy terima ugutan bunuh
Posted: 18 Feb 2013 02:26 AM PST LOS ANGELES 17 Feb. - Satu kajian mendapati perbuatan memakan makanan segera yang kerap bukan sahaja menggemukkan tetapi juga boleh merosakkan hati seperti menghidap hepatitis.Penulis buku Better in 7, Dr. Drew Ordon berkata, kajian mendapati kekerapan memakan makanan segera dalam tempoh sebulan boleh memberikan kesan perubahan mendadak kepada hati.Beliau berkata, makanan segera terutamanya kentang goreng sangat berbahaya kerana mempunyai bahan tambahan. ''Kita tahu kentang goreng ditambah garam dan digoreng dalam minyak yang berlemak, tetapi makanan ini juga ditambah gula. Kenapa gula? Kerana tindakan ini menjadikannya lebih garing,'' katanya dalam rancangan Amerika Syarikat (AS), The Doctors. Beliau berkata, makanan seperti ayam goreng dan 'onion rings' pula sangat tidak baik kepada hati. ''Perubahan berlaku di dalam enzim hati seperti kesan jangkitan hepatitis. Penyakit ini boleh merosakkan hati,'' katanya. Ordon memberi amaran sebarang produk yang ditandakan... Continue reading ... |
Star S1 Android 4.1 - Telefon pintar mampu milik Posted: 18 Feb 2013 02:19 AM PST Ucapkan selamat tinggal kepada telefon bimbit lama anda dan mulakan tahun baharu dengan memiliki telefon pintar Android pertama anda dengan Star S1.Star Mobile Sdn. Bhd., pemaju peralatan Internet mudah-alih berprestasi tinggi, telah mengumumkan ketibaan Star S1 di pasaran Malaysia, telefon pintar Android yang paling mampu dimiliki orang ramai. Dengan Sistem Operasi Android 4.1 Jelly Bean dan dikuasakan oleh prosesan dwi teras 1GHz Cortex™ A9 daripada ARM merentasi 5.3 inci paparan berdefinisi tinggi, Star S1 memberi permulaan gaya hidup celik teknologi agar dapat berhubung dengan alat-alat komunikasi terkini. Selain itu, kemudahan tersebut membolehkan rakaman gambar yang berdefinisi tinggi dibuat. Star S1 menawarkan pengalaman tontonan terbaik dengan resolusi 960X540 pada paparan definisi tinggi 5.3-inci QHD. Reka bentuk anggun dan inovatif ini, dengan paparan skrin lebar seolah-olah pengalaman di pawagam, membolehkan anda menikmati tontonan dengan selesa. ... Continue reading ... |
Bahana ingkar kontrak pertunangan Posted: 18 Feb 2013 02:16 AM PST FATIMAH (bukan nama sebenar) telah mengenali Johari (bukan nama sebenar) sejak mereka di menara gading. Hubungan mereka bermula daripada rakan sekuliah akhirnya telah bertukar menjadi pasangan kekasih.Selepas tamat pengajian, Johari mendapat pekerjaan sebagai jurutera di sebuah syarikat petroleum di utara tanah air manakala Fatimah pula bertugas di sebuah syarikat pembinaan yang terletak di ibu kota. Cinta mereka diperkukuhkan dengan majlis pertunangan tidak lama kemudian. Oleh kerana hubungan terlalu jauh, Johari sanggup berhenti kerja dan menganggur berbulan-bulan demi semata-mata cintanya terhadap Fatimah. Bagaimanapun hubungan pertunangan itu tidak kekal lama apabila Fatimah berhasrat mengahwini kekasih pertama yang dikenalinya sejak sekolah rendah. Hancur luluh hati Johari dengan sikap Fatimah. Janji-janji manis ditaburkan hanya tinggal kenangan sahaja. Demi menuntut hak, Johari mengemukakan saman mengikut Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah... Continue reading ... |
INSTEDT jadi Kolej Universiti 2014 Posted: 18 Feb 2013 02:14 AM PST KUALA LUMPUR 10 Feb. - Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) kini mengorak langkah ke arah pembentukan Kolej Universiti menjelang 2014.Kolej tersebut telah berjaya berkembang menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik bumiputera yang terbesar di negeri Johor sejak penubuhannya pada 1997. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sharul Azila Mohd. Salleh (gambar) berkata, ini membolehkan tawaran khusus di peringkat ijazah ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi keperluan pasaran kerja di negara ini. Katanya, INSTEDT kini sedang dalam persediaan ke arah status tersebut dan dalam proses menghantar dokumen kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). "INSTEDT melahirkan graduan yang berkualiti tinggi selari dengan kehendak pasaran kerja dan keseluruhan graduan mendapat mendapat pekerjaan dalam tempoh yang singkat. "Ini adalah sesuatu yang membanggakan, dan kita mahu lebih ramai lagi pelajar untuk mendaftar dengan tawaran khusus yang dirangka... Continue reading ... |
Pangkalan data tunggal permudah guru Posted: 18 Feb 2013 02:12 AM PST KEMENTERIAN Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban tugas guru malah memudahkan capaian kepada maklumat murid dari peringkat prasekolah hingga kolej matrikulasi.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Sufa'at Tumin berkata, APDM mengelakkan guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di kementerian termasuklah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan sistem lain yang berkaitan. ''APDM dijadikan pangkalan data utama dan tunggal untuk menyediakan data bersepadu murid yang boleh diguna sama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di kementerian pada masa akan datang. ''Pengurusan data murid dalam APDM akan bermula seawal murid memasuki prasekolah sehingga tamat tingkatan enam atau kolej matrikulasi," katanya... Continue reading ... |
Posted: 18 Feb 2013 02:09 AM PST KUALA LUMPUR - Penyertaan Lions XII dalam Liga Malaysia memberi kelebihan buat skuad kebangsaan negara jiran itu mempersiapkan skuad kebangsaan yang mantap untuk menghadapi Sukan SEA 2013.Lantaran itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tanpa ragu-ragu melabelkan Singapura sebagai pencabar utama Malaysia dalam misi kita mempertahankan emas acara bola sepak di Myanmar pada Disember nanti. Jika diperhalusi, Lions XII yang beraksi dalam Liga Super hanya menyenaraikan lima pemain senior yang melepasi umur 23 tahun. Tidak keterlaluan jika dikatakan Liga M merupakan platform terbaik buat Singapura melakukan persiapan dan mencipta keserasian sebelum Sukan SEA 2013. Formula ini hampir sama dengan penyertaan pada tahun pertama Lions XII dalam saingan Liga Malaysia tahun lalu, apabila mereka menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 menerusi skuad yang ditunjangi oleh pemain Lions XII. Mungkinkah kejayaan yang sama akan berulang pada Sukan SEA 2013, kerana Lions XII... Continue reading ... |
Pengguna FB boleh promosi status rakan Posted: 17 Feb 2013 09:10 PM PST SAN FRANCISCO - Pengendali laman sosial Facebook kelmarin menyatakan, pihaknya kini membenarkan pengguna untuk membayar bagi memastikan mesej yang dihantar oleh rakan mereka mendapat lebih banyak perhatian. Ciri itu akan diaplikasikan di seluruh dunia, kurang empat bulan selepas Facebook membolehkan pelanggannya membayar bagi memastikan status peribadi penting dilihat oleh rakan-rakan mereka. "Kini, selain mempopularkan status anda sendiri, pengguna juga boleh mempromosikan status rakan seperti aktiviti mengumpul dana atau pengumuman mengenai apa jua sambutan," kata Facebook. Antara status yang popular untuk dipromosikan adalah usaha rakan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan, berpindah ke bandar baru, naik pangkat atau tamat belajar di universiti. Ciri itu hanya boleh digunakan oleh individu yang mempunyai kurang 5,000 orang rakan dalam Facebook. Facebook kini dilihat giat mencari jalan untuk menjana pendapatan selepas prestasi dalam pasaran saham kurang... Continue reading ... |
Posted: 17 Feb 2013 09:09 PM PST KUALA LUMPUR – Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam mendapat sambutan hebat apabila dihadiri 15,000 anak Kelantan yang tinggal di sekitar Lembah Klang.Ia menjadi lebih meriah dengan laungan dan sokongan mereka sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 4.30 petang bagi merasmikan program berkenaan. Najib pada ucapan perasmiannya gembira menyaksikan ramai rakyat Kelantan di Lembah Klang menghadiri program tersebut sekali gus menunjukkan gelombang perubahan yang bakal melanda negeri itu. "Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 merupakan program keempat yang saya hadiri pada hari ini (semalam) tetapi semangat saya pulih apabila tiba di Bukit Jalil kerana melihat terhimpun hampir 15,000 anak Kelantan. "Ini menunjukkan orang Kelantan sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan mesej serta isyarat ini amat jelas," katanya. nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Posted: 17 Feb 2013 09:07 PM PST KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi, Mohd. Harez Mohd. Zamri berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu sedang disiasat bagi menentukan tindakan lanjut atas perbuatannya. "Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," kata beliau di sini semalam. Pada 15 Februari lalu, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri. Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) melalui komputer riba yang disambung dengan CCTV yang... Continue reading ... |
Nilai kekayaan 40 individu RM195b Posted: 17 Feb 2013 08:58 PM PST Nilai kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia meningkat kepada RM194.86 bilion tahun ini, berbanding RM193.2 bilion tahun lalu, demikian mengikut senarai terbaru majalah perniagaan, Malaysian Business.Bilangan individu Malaysia yang mempunyai aset bernilai lebih RM1 bilion juga bertambah kepada 31 orang daripada 30 tahun lalu. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Tiga pendatang baru yang membuat kemunculan sulung dalam senarai itu ialah Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT yang menduduki tempat ke-15 dengan nilai kekayaan RM1.869 bilion, Datuk Tan Heng Chew yang menguasai Tan Chong Motors Holding di tempat ke-37 serta Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group pada kedudukan ke-40. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Peneraju kumpulan Kuok Brothers, Robert Kuok Hock Nien, kekal sebagai orang paling kaya dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion,... Continue reading ... |
Red Warriors hadapi masalah baru Posted: 17 Feb 2013 08:56 PM PST Kota Bharu: Ketika masalah ketumpulan penyudah jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan masalah baru - kealpaan benteng.Ketua jurulatih dari Croatia itu mengakui faktor itu menjadi punca The Red Warriors (TRW) kalah kepada Selangor 0-2 Jumaat lalu selain masalah sama - ketumpulan penyudah jentera serangan. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); "Kemelut TRW kini bukan saja membabitkan jentera serangan yang tumpul, tetapi juga benteng pertahanan yang mudah ditembusi hingga memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol sebagaimana berlaku ketika menentang Selangor. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "Namun, saya harap pemain tidak mudah lemah semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan menentang Terengganu Selasa ini (esok). Kita perlu lupakan segala kekecewaan dan bangkit membuktikan kemampuan sebenar,"... Continue reading ... |
Dividen KWSP paling tinggi dalam sedekad Posted: 17 Feb 2013 08:55 PM PST Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.15 peratus untuk 13.42 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun. Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata berkata kadar dividen itu adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding enam peratus yang dibayar pada 2011. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Katanya, KWSP turut mencatat rekod baru pembayaran dividen berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada pencarum KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Beliau berkata, pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM27.45 bilion itu diperoleh selepas ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan. "Pada 2012, KWSP telah mencatatkan pendapatan... Continue reading ... |
Posted: 17 Feb 2013 08:54 PM PST KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang mengesahkan penyanyi popular Korea Selatan, Psy, yang membuat persembahan di negeri ini minggu lalu menerima ugutan bunuh. Psy yang hadir ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan sempena Progam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia pada 11 Februari lalu, terpaksa dikawal ketat bagi memastikan keselamatan penyanyi itu terjamin. GA_googleFillSlot("BHWeb_Island_Ad_Top_400x200"); Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata pihaknya menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pengurus Psy mengenai ugutan berkenaan kira-kira jam 8 malam, sehari sebelum penyayi itu membuat persembahan di negeri ini. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; "SMS itu dihantar oleh pengurus Psy sendiri, jadi kita terpaksa menyediakan kawalan ketat dengan menempatkan 11 anggota untuk memastikan keselamatan penyanyi itu terjamin,"katanya. ... Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment