blogger boleh: “Hadiah AS$1j tangkap pembunuh” plus 3 more | |
- Hadiah AS$1j tangkap pembunuh
- Neelofa terharu diperdaya
- Balotelli penyelamat Milan
- GAMBAR - Taring harimau hampir terbenam di leher
Posted: 12 Feb 2013 05:42 AM PST Los Angeles: Hadiah AS$1 juta (RM3 juta) ditawarkan, semalam kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya bekas anggota polis yang menembak mati tiga orang minggu lalu.Ketua Jabatan Polis Los Angeles, Charlie Beck berkata, wang berkenaan hasil sumbangan orang ramai adalah yang terbesar pernah ditawarkan dalam siasatan jenayah di selatan California. Ia ditawarkan ketika pasukan keselamatan meneruskan gerakan memburu bekas anggota polis Los Angeles yang juga anggota simpanan tentera laut Amerika Syarikat, Christopher Dorner, 33. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Beck menyifatkan gerakan itu sebagai yang paling mahal pernah dilancarkan di kawasan Los Angeles. Dorner didakwa menembak mati pegawai keselamatan sebuah kampus dan tunangnya, anak pegawai kanan polis Los Angeles yang bertanggungjawab memecatnya pada 2008 nuffnang_bid = "0f19144f8560528c14e339faf557ccb9"; Continue reading ... |
Posted: 12 Feb 2013 05:41 AM PST TATKALA majlis kejutan hari jadi ini diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, pada Khamis yang lalu, ia diatur tiga hari lebih awal daripada tarikh sebenar ulang tahunnya iaitu 10 Februari. Disebabkan itu, tiada satu pun pembayang mampu dihidu pengacara dan aktres jelita, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 24, sekali gus mematahkan perancangan rahsia yang diatur pengurusnya, Shawn Amer. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); "Saya memang tahu saya ada majlis Petronas yang perlu saya hadiri malam ini apabila Amer memaklumkannya sejak dua minggu lalu. Memandang sekitar Januari lalu, ada dua acara mereka saya terbabit sebagai tetamu undangan. "Ketika Amer maklumkan hal ini, saya tanya juga kepada dia adakah Petronas nak panggil saya lagi? Tetapi kerana saya suka bekerjasama dengan pihak Petronas saya bersetuju untuk hadir. Sebaik sampai di restoran ini, saya tertanya kenapa gelap. "Terdetik dalam hati mungkin pihak Petronas yang buat kejutan, tetapi selepas lampu dibuka... Continue reading ... |
Posted: 12 Feb 2013 05:37 AM PST Milan: Penyerang sensasi, Mario Balotelli meneruskan persembahan hebat dalam penampilan semula di Serie A apabila meledak penalti lewat perlawanan untuk menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut bagi membolehkan kelab barunya, AC Milan terikat 1-1 di Cagliari. Penyerang Itali itu mendapat penalti selepas dijatuhkan Davide Astori dan memperdayakan Michael Agazzi yang merebahkan badan ke arah bertentangan untuk meledak jaringan ketiga dalam dua perlawanan sejak meninggalkan Manchester City untuk pasukan di tempat kelima Serie A itu. Astori, yang sudah dilayangkan kad kuning kerana mengasari Balotelli sebelum itu, dibuang padang ketika permainan Cagliari semakin merosot pada babak kedua selepas mendominasi 45 minit pertama dan mendahului menerusi tandukan Victor Ibarbo. GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); Jurulatih Milan, Massimiliano Allegri menggambarkan keputusan itu sebagai "mata yang berguna menentang pasukan yang bagus". "Hari ini kami mempunyai... Continue reading ... |
GAMBAR - Taring harimau hampir terbenam di leher Posted: 12 Feb 2013 05:35 AM PST Gua Musang: "Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan," kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin. Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu. "Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya," katanya. Sejurus kejadian itu, Alip dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan menerima 50 jahitan di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri. NURAIDI menunjukkan kepala Alip yang cedera bergelut dengan harimau kumbang. Lelaki warga Indonesia itu dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah kongsinya di tanah rancangan berkenaan pada... Continue reading ... |
You are subscribed to email updates from bloggerboleh - terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment